Utusan Borneo (Sarawak)

Legasi 72 tahun kecemerlan­gan The Boy’s Brigade

-

KUALA LUMPUR: Penekanan kemahiran luar bilik darjah yang holistik menjadikan unit beruniform Boy’s Brigade atau BB terus cemerlang sejak ia diperkenal­kan di negara ini 72 tahun lepas.

Timbalan Naib Presiden Boy’s Brigade Malaysia, Nicholas Yeap berkata teras bidang kesukarela­wanan yang diterapkan di dalam diri setiap ahlinya, membantu membentuk jati diri individu yang seimbang.

“BB fokus kepada kemahiran yang menyeluruh termasukla­h kemahiran interperso­nal, kesukarela­wanan, kemahiran komunikasi, kemahiran bersukan, kepimpinan dan pelbagai kemahiran yang tidak dapat diperoleh di dalam bilik darjah,” katanya kepada Bernama baru-baru ini.

BB diperkenal­kan di negara ini sekitar tahun 1946 dengan penubuhan kumpulan atau ‘Company’ pertama di Pulau Pinang, seterusnya di Kuala Lumpur pada 1954.

Sehingga kini, BB sudah melatih lebih 100,000 remaja berumur antara 5 hingga 17 tahun dan mempunyai lebih 650 sukarelawa­n menerusi 120 kumpulan di seluruh negara.

Sementara itu, Kapten Kehormat BB Kuala Lumpur Terence Yeap berkata BB bakal melangsung­kan acara jamboree dwitahunan terbesar iaitu Pesta Beyond 2018 dari 18 hingga 24 Ogos ini di Universiti Putra Malaysia.

“Penganjura­n kali ini dijangka mengumpulk­an lebih 2,300 ahli seluruh Malaysia dan luar negara. Acara jamboree ini adalah yang terbesar dalam sejarah BB.

Pertanding­an pancaragam, kawad kaki, nyanyian, acara explorace dan pelbagai lagi akan diadakan sepanjang tempoh itu. Malah pembabitan BB Indonesia, Hong Kong dan United Kingdom bakal menceriaka­n lagi pesta itu nanti,” katanya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia