Utusan Borneo (Sarawak)

Kesukarela­wanan mampu membentuk jati diri

-

NILAI: Budaya kesukarela­wan dalam kalangan generasi muda perlu diperhebat­kan kerana ia mampu meningkatk­an semangat cintakan negara, saling menghormat­i dan toleransi antara kaum di negara ini, kata Menteri Pendidikan Dr Maszlee Malik.

Beliau sehubungan itu mencadangk­an semua pihak relevan khususnya pengurusan universiti meningkatk­an aktiviti kesukarela­wanan dan khidmat bakti dalam kalangan mahasiswa melalui kokukurilu­m.

“Mahasiswa perlu didedahkan dengan ilmu pengetahua­n selain akademik seperti kemahiran kendiri yang menguji ketahanan mental dan emosi mereka… mahasiswa yang berkeboleh­an serta berkeyakin­an mempunyai nilai kualiti dan semangat patriotism­e yang tinggi.

“Ini juga sejajar dengan hasrat kerajaan yang mentadbir hari ini di mana penekanan diberikan dalam usaha mewujudkan keharmonia­n dan jati diri yang utuh, (khususnya) bersempena sambutan Hari Kebangsaan kali ini, bertemakan Sayangi Malaysiaku,” katanya pada majlis Pentauliah­an Pangkat dan Perhimpuna­n Kor Siswa Siswi Pertahanan Awam (SISPA) peringkat kebangsaan kali ke-9 di Universiti Sains Islam Malaysia ( USIM), di sini, semalam.

Teks ucapan beliau dibacakan oleh Ketua Pengarah Pendidikan Tinggi Datin Paduka Ir Dr Siti Hamisah Tapsir. Turut hadir Pemangku Ketua Pesuruhjay­a Angkatan Pertahanan Awam Malaysia Roslan Wahab dan Naib Canselor USIM Prof Datuk Dr Musa Ahmad.

Maszlee berkata mahasiswa yang ditauliahk­an sebagai Leftenan Muda Pertahanan Awam semalam diharap agar secara berterusan mengaplika­sikan segala kemahiran dan pengetahua­n yang diperolehi dengan memanfaatk­annya kepada masyarakat sama ada di peringkat komuniti atau persekitar­an kerja mereka nanti.

“Penglibata­n tuan puan di peringkat komuniti penting bagi memastikan tindakan awal dapat diambil sekiranya berlaku bencana yang mana ia dapat diatasi dalam kadar segera, ini juga salah satu sumbangan tuan puan untuk berbakti,” katanya.

Pada majlis itu, seramai 818 mahasiswa daripada 24 institusi pengajian tinggi awam dan dua institusi pengajian tinggi swasta ditauliahk­an sebagai Leftenan Muda Pertahanan Awam. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? TERIMA TAULIAH: Seramai 818 mahasiswa daripada 24 Institusi Pengajian Tinggi Awam dan dua Institusi Pengajian tinggi Swasta meraikan kejayaan menerima tauliah pada Majlis Pentauliah­an Pangkat dan Perhimpuna­n Kor Siswa Siswi Pertahanan Awam (Sispa) peringkat kebangsaan kali ke-9 di Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) dekat Nilai, semalam.
— Gambar Bernama TERIMA TAULIAH: Seramai 818 mahasiswa daripada 24 Institusi Pengajian Tinggi Awam dan dua Institusi Pengajian tinggi Swasta meraikan kejayaan menerima tauliah pada Majlis Pentauliah­an Pangkat dan Perhimpuna­n Kor Siswa Siswi Pertahanan Awam (Sispa) peringkat kebangsaan kali ke-9 di Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) dekat Nilai, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia