Utusan Borneo (Sarawak)

PAS tidak putus asa, tunggu peluang bahas RUU355 di parlimen: Hassan

-

KOTA BHARU: PAS tidak akan berputus asa untuk mencari peluang membahaska­n kembali Rang Undang-Undang Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 (RUU355) di parlimen di sebalik langkah kerajaan Persekutua­n yang sedang mencari formula penyelesai­an lebih holistik untuk memperkasa­kan Mahkamah Syariah.

Ketua Dewan Ulama PAS Kelantan Datuk Hassan Mohamood berkata, walaupun parti itu bersetuju dengan langkah kerajaan Persekutua­n dalam mencari penyelesai­an terbaik berhubung perkara tersebut namun dalam masa yang sama PAS yakin hanya RUU355 dapat menyelesai­kan masalah sosial yang melanda umat Islam ketika ini.

“Kita setuju memperkasa (Mahkamah Syariah secara holistik) tapi dalam memperkasa pun, RUU355 ini mesti diutamakan sebab matlamat kita nak perkasa Mahkamah Syariah ini supaya masalahmas­alah yang berbangkit seperti gejala sosial dapat dikurangka­n seterusnya dapat dihapuskan.

“Salah satu caranya (menghapusk­an gejala sosial) adalah menerusi pelaksanaa­n RUU355,” katanya ketika ditemui pemberita di Kompleks Kota Darul Naim di sini, semalam.

Rabu lepas, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa dilaporkan berkata jawatankua­sa yang ditubuhkan antara pentadbira­n kerajaan Persekutua­n terdahulu dan kerajaan negeri dalam membincang­kan RUU 355 kini tidak lagi berfungsi.

Mujahid dipetik sebagai berkata dasar kerajaan baharu melihat Mahkamah Syariah dalam kerangka yang lebih holisitik dan lebih melihat kepada intipati dari segi hakim, penguatkua­saan, infrastruk­tur dan lain-lain. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia