Utusan Borneo (Sarawak)

ADUN Bebas mohon pejabat khas daripada kerajaan Johor

-

ISKANDAR PUTERI: Ahli Dewan Undangan Negeri ( ADUN) Sedili, Rasman Ithnain memohon kepada kerajaan Johor agar mempertimb­angkan cadanganny­a supaya sebuah pejabat khas disediakan bagi ADUN Bebas.

Rasman berkata penyediaan pejabat itu penting bagi membuktika­n kerajaan Pakatan Harapan sebuah kerajaan yang adil kepada sesiapa sahaja tanpa mengira fahaman politik mereka.

Beliau berkata langkah itu juga selari dengan pengiktira­fan baharu diterima Ketua Pembangkan­g Johor dari Barisan Nasional (BN) Datuk Ir Hasni Mohammad, apabila disediakan kerajaan negeri sebuah bilik khas di Aras 1, Bangunan Sultan Ismail, Kota Iskandar, di sini semalam.

“Saya minta Menteri Besar berlaku adil dalam soal ini. Kalau di sebelah sana (pembangkan­g) ada pejabat, di sini (Bebas) pun ada pejabat.

“Kalau di sana ada elaun, di sini pun ada elaun. Ini baharu dinamakan kerajaan Pakatan Harapan yang adil. Lagipun, ini kali pertama kita mempunyai ADUN Bebas dalam Dewan Undangan Negeri,” katanya ketika sesi perbahasan pada Persidanga­n Dewan Undangan Negeri ( DUN) Johor di sini, semalam.

Pada tengah hari semalam, Hasni secara rasmi menerima kunci bilik pejabat daripada Speaker DUN Johor Suhaizan Kaiat.

Pada 12 Mei lepas, Rasman mengumumka­n keluar daripada UMNO dan BN menjadi ADUN Bebas.

Dua wakil rakyat lain - ADUN Endau Alwiyah Talib dan ADUN Johor Lama Rosleli Jahari, turut mengikuti jejak langkah Rasman, pada hari sama. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia