Utusan Borneo (Sarawak)

Sakit hati kerana kemewahan kapal tersebut adalah wang rakyat

-

BUKIT MERTAJAM: Menteri Kewangan Lim Guan Eng semalam menyatakan rasa sedihnya terhadap rakyat ketika beliau memasuki dan melihat kapal layar mewah Equanimity yang didakwa milik ahli perniagaan kontrovers­i Low Taek Jho atau Jho Low.

Guan Eng berkata kapal tersebut sangat mewah dan begitu cantik namun dari satu sudut beliau berkata beliau berasa sakit hati apabila mengenangk­an nasib yang diperlakuk­an terhadap rakyat.

“Semalam (kelmarin) saya pergi tengok kapal itu menemani Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamed, bagaikan mimpi punya hebat… tapi kita tengok pun kita rasa sedih dan sakit hati kerana ini semua rakyat punya wang kalau kita boleh gunakan wang ini untuk rakyat betapa baiknya.

“Itulah sebabnya kita menggalakk­an semua organisasi seperti One Hope Charity ini kerana kerajaan kurang wang… kita galakkan anda buat banyak program seperti ini,” katanya semasa berucap pada Majlis Sambutan Ulang Tahun ke-16 One Hope Charity and Welfare (One Hope Charity) Berhad, di Juru Auto City, di sini.

Guan Eng berkata kerajaan juga sedang dalam proses mengkaji bagi memberi pengecuali­an cukai kepada persatuan- persatuan dan badan bakan kerajaan (NGO) tertentu yang aktif melakukan program amal dan bantuan.

“Ia akan dikaji dan pengecuali­an boleh dibuat sehingga 7 peratus dan ia akan diumumkan pada belanjawan 2019 yang akan dibentangk­an pada 2 Nov ini,” katanya.

Kapal mewah itu yang dianggarka­n bernilai RM1 bilion dipercayai sebahagian daripada aset yang dibeli menggunaka­n dana 1Malaysia Developmen­t Berhad (1MDB).

Pihak berkuasa antarabang­sa masih memburu pemilik kapal itu dipercayai milik Jho Low bagi membantu siasatan kes penyelewen­gan dana 1MDB.

Sementara itu, seramai 2,500 orang terdiri daripada golongan yang kurang berkemampu­an menerima barangan keperluan harian menerusi program tersebut.

Pengerusi One Hope Charity Chua Sui Hau berkata,

Itulah sebabnya kita menggalakk­an semua organisasi seperti One Hope Charity ini kerana kerajaan kurang wang… kita galakkan anda buat banyak program seperti ini. Lim Guan Eng Menteri Kewangan

pada majlis itu juga sebanyak 7,000 set makanan percuma diberikan kepada orang ramai yang hadir.

Chua berkata, pada 2017, dana yang dikeluarka­n One Hope Charity berjumlah melebihi RM4.22 juta dan semalam sahaja melibatkan RM1 juta.

“Selain itu, hari ini (semalam) pihak kami juga menyediaka­n 300 set barangan keperluan harian bernilai RM90,000 kepada kakitangan Majlis Perbandara­n Seberang Perai (MPSP) sebagai menghargai jasa mereka dalam melaksanak­an tugas harian,” katanya. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? BANTUAN RAKYAT: Guan Eng (kiri) beramah mesra dengan penerima bantuan pada Majlis Sambutan Ulang Tahun ‘One Hope Charity’ Ke-16 semalam.
— Gambar Bernama BANTUAN RAKYAT: Guan Eng (kiri) beramah mesra dengan penerima bantuan pada Majlis Sambutan Ulang Tahun ‘One Hope Charity’ Ke-16 semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia