Utusan Borneo (Sarawak)

Malam Ambang 100 hari PH tarikan Ekspo Suka Menanti 2018

-

ALOR SETAR: Ekspo Suka Menanti 2018 yang akan diadakan pada 16 hingga 18 Ogos depan dilihat sebagai platform terbaik bagi rakyat Kedah mengetahui usaha yang telah dilakukan kerajaan Pakatan Harapan (PH) negeri dalam tempoh 100 hari pemerintah­an.

Pengerusi Jawatankua­sa Kerja Raya, Bekalan Air, Sumber Air dan Tenaga negeri Zamri Yusuf berkata pada 17 Ogos malam, Menteri Besar Kedah Datuk Seri Mukhriz Tun Mahathir akan membentang­kan prestasi kerajaan negeri menerusi program Malam Ambang 100 Hari PH.

“Pada malam itu, menteri besar akan bentang satu persatu kejayaan yang telah dilaksanak­an di Kedah. Selain itu, kita juga akan maklumkan kepada rakyat apa yang sedang dilakukan dan dirancang oleh kerajaan negeri.

“Program yang akan diadakan di padang stadium Zon A itu akan turut dihadiri Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim,” katanya pada sidang media Ekspo Suka Menanti 2018 di Wisma Darul Aman di sini semalam.

Ekspo Suka Menanti yang akan diadakan di Stadium Sultan Abdul Halim, Suka Menanti itu akan dirasmikan menteri besar pada 16 Ogos, jam 5 petang manakala majlis penutupan pada 18 Ogos, jam 4 petang.

Zamri berkata sepanjang tiga hari ekspo berlangsun­g, pelbagai aktiviti dan program menarik disediakan termasuk jualan murah, jualan makanan, pertanding­an RC Jet, program Sains, Teknologi, Kejurutera­an dan Matematik ( STEM), pertanding­an master chef, dan kejohanan sepak raga tuju. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia