Utusan Borneo (Sarawak)

JARINGAN Kelantan nafi tuntut tanah adat kerana hasutan NGO

-

GUA MUSANG: Jaringan Kampung Orang Asli ( JARINGAN) Kelantan menafikan pihaknya dihasut badan bukan kerajaan (NGO) untuk menuntut tanah adat kepunyaan mereka di negeri ini.

Pengerusin­ya Mustafa Along berkata Orang Asli bangkit menuntut hak mere- ka atas kesedaran mempertaha­nkan tanah adat yang diwarisi daripada nenek moyang mereka daripada diceroboh sehingga menyukarka­n kehidupan masyarakat tersebut.

“Kami sedih kerana kerajaan negeri bagi pelbagai alasan berhubung tuntutan kami untuk mewartakan tanah adat itu,” katanya ketika ditemui pemberita di sekatan Kampung Kaleg, Pos Tohoi di sini, semalam.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Setiausaha Agung PAS Datuk Takiyuddin Hassan kelmarin yang dilaporkan menyebut tidak ada istilah tanah adat Orang Asli di Kelantan dan masyarakat tersebut bangun menentang kerajaan negeri Kelantan selepas dihasut NGO tertentu.

Mustafa berkata masyarakat Orang Asli akan tetap meneruskan sekatan di tiga laluan utama pembalakan iaitu di Pos Bihai, Tohoi dan Pasik.

“Masyarakat kami tidak pernah gentar dengan pelbagai ugutan daripada pihak tertentu selepas dua kali berlaku kekecohan di sekatan Kampung Kaleg baru-baru ini,” katanya.

Seorang penduduk, Harun Alang, 46, berkata masyarakat­nya akan terus berkumpul di tiga seka- tan itu bagi menghalang penceroboh­an di tanah adat mereka.

“Kami sedar jika tidak bertindak demikian kemungkina­n tanah adat masyarakat kami akan hilang dan akan menimbulka­n lebih banyak masalah bagi generasi Orang Asli akan datang,” katanya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia