Utusan Borneo (Sarawak)

Kekurangan aktiviti perpindaha­n pemain tidak halang Spurs benam Newcastle 2-1 di St James’ Park

-

LONDON, England: Pengurus Chelsea, Maurizio Sarri, memulakan karier dalam Liga Perdana Inggeris dengan kemenangan apabila pemain baharunya, Jorginho, menyempurn­akan tendangan penalti ketika pasukannya menang selesa 3-0 di Huddersfie­ld Sabtu lepas.

Tottenham Hotspur juga tidak menunjukka­n sebarang kerisauan dari kekurangan aktiviti perpindaha­n pada musim panas apabila menangani kebangkita­n Newcastle sebelum menang 2-1 di St James’ Park menerusi gol Jan Vertonghen dan Dele Alli.

Richarliso­n menjaringk­an dua gol pada penampilan sulung untuk Everton untuk membuktika­n status beliau sebagai pemain bernilai 50 juta pound ketika mengikat Wolvers 2-2.

Dan Watford, Bournemout­h dan Crystal Palace juga masing- masing mencipta kemenangan 2-0 pada minggu pertama Liga Perdana.

Chelsea mengharung­i pramusim sukar dengan Sarri hanya menggantik­an tempat Antonio Conte kurang sebulan sebelum musim bermula.

Kelab Stamford Bridge itu bagaimanap­un mencipta rekod dunia b a h a r u p e r -

Situasi sehingga sekarang adalah sukar. Isnin lepas, empat pemain kami yang bermain di Piala Dunia saya.” baharu kembali berlatih dan pada hari Selasa, dua lagi pemain tiba, jadi ia bukan mudah untuk

pindahan untuk seorang penjaga gol apabila membeli Kepa Arrizbalag­a dengan nilai 80 juta euro dari Athletic Bilbao dengan penjaga gol Thibaut Courtois berpindah ke Real Madrid.

“Situasi sehingga sekarang adalah sukar. Isnin lepas, empat pemain kami yang bermain di Piala Dunia baharu kembali berlatih dan pada hari S e l a s a , dua lagi pemain tiba, jadi ia bukan m u - d a h un- tuk saya,” kata Sarri, yang percaya ia akan mengambil masa dua bulan untuk pasukannya berada di tahap terbaik.

Tetapi Kepa kelihatan tidak begitu dicabar untuk mengekalka­n pintu gol tanpa bolos ketika pasukan pelawat menguasai permainan selepas permulaan hambar.

Apa yang penting, Chelsea berjaya mengekalka­n khidmat Eden Hazard tetapi ketika pemain antarabang­sa Belgium itu dianggap hanya cergas untuk bermula di bangku simpanan, N’Golo Kante diturunkan dalam kesebelasa­n utama walaupun membantu Perancis memenangi Piala Dunia 2018 di Rusia.’

Kante diturunkan di posisi lebih atas di bahagian tengah kerana kehadiran Jorginho dan beliau menyempurn­akan hantaran lintang Willian untuk membuka jaringan buat Chelsea, 11 minit sebelum rehat.

Tidak lama selepas itu, Marcos Alonso dijatuhkan dalam kotak penalti, membolehka­n Jorginho menyempurn­akan tendangan penalti untuk gol kedua.

H a z a r d dimasuk k a n pada 15 minit t e r a - k h i r p e r - mainan dan m a h u m e n - unjukkan kecergasan­nya apabila mengumpan bola kepada Pedro untuk melengkapk­an jaringan.

Tottenham kelihatan tidak aktif pada pasaran perpindaha­n musim panas ini selepas menjadi pasukan pertama dalam Liga Perdana sejak pasaran perpindaha­n diperkenal­kan pada 2003 yang tidak membeli sebarang pemain. Tetapi pengurusny­a, Mauricio Pochettino

men- egaskan beliau gembira untuk mengekalka­n beberapa pemain yang beraksi cemerlang di Piala Dunia dan dua daripada mereka memastikan kemenangan Spurs di Newcastle. Vertongh e n d a n A l l i m e n - j a r - ingkan g o l d i antara gol penyamaan Joselu dengan tiga gol hadir pada 18 minit pertama permainan. “Ia penting untuk bermula dengan baik di awal musim dan mempunyai kepercayaa­n yang akan memberikan pesanan positif,” kata Pochettino. “Ia penting untuk peminat tahu pemain memerlukan bantuan mereka.” Di Molineux, Richarliso­n menutup kritikan perbelan- jaan besar oleh kelab apabila meletakkan Everton dua kali di hadapan.

Everton bagaimanap­un kurang seorang pemain lima minit sebelum rehat apabila Phil Jagielka dilayangka­n kad merah sebelum Ruben Neves dan Raul Jimenez mengikat kedudukan untuk Wolves.

Tidak seperti Wolves, pendatang baharu liga, Fulham berbelanja besar pada musim panas dan mencuri perhatian dengan melakukan pembelian 12 pemain baharu, mengatasi apa yang dilakukan oleh Manchester United.

Tetapi tiada pulangan segera dari pelaburan itu apabila tewas 0-2 kepada Crystal Palace di Craven Cottage menerusi gol Jeffrey Schlupp dan Wilfried Zaha.

Roberto Pereyra menjaringk­an dua gol ketika Watford menewaskan Brighton dan Bournemout­h menewaskan Cardiff menerusi gol Ryan Fraser dan Callum Wilson. — AFP

Maurizio Sarri Pengurus Chelsea

BARCELONA, Sepanyol: Pemain pertahanan tengah antarabang­sa Sepanyol, Gerard Pique, mengesahka­n beliau akan mengakhiri karier antarabang­sa Sabtu lepas dengan berkata bahawa walaupun pelantikan bekas jurulatihn­ya di Barcelona, Luis Enrique, tidak akan mengubah fikirannya.

Pemain berusia 31 tahun itu membuat penampilan terakhir dari 102 penampilan bersama Sepanyol ketika tewas di pusingan kedua Piala Dunia 2018 kepada Rusia menerusi penentuan sepakan penalti.

Enrique dilantik sebagai jurulatih selepas Piala Dunia bulan lepas, yang menyaksika­n Fernando Hierro mengambil tugas sementara ekoran pemecatan mengejut Julen Lopetegui sehari sebelum sepak mula kejohanan.

“Saya ada bercakap dengan beliau ( Enrique) seminggu dua yang lalu. Saya memberitah­u di mana saya sudah membuat keputusan,” kata Pique menjelang perlawanan Piala Super Sepanyol menentang Sevilla semalam.

Pique adalah pemain terbaharu dari skuad juara Piala Dunia yang bersara dari bola sepak antarabang­sa selepas Xavi Hernandez dan Andres Iniesta.

Gandingan cemerlang dengan Carles Puyol di posisi pertahanan tengah adalah kunci kejayaan Sepanyol memenangi Piala Dunia 2010 dan juga Euro 2012.

“Ia adalah peringkat yang hebat beraksi di Euro dan Piala Dunia,” tambah Pique.

“Saya berasa sangat gembira dengan penglibata­n saya dalam semua kejayaan pasukan tetapi sekarang saya mahu memberi fokus kepada Barca. Saya mempunyai kontrak tiga tahun lagi di kelab.” — AFP

 ??  ?? SARRI
SARRI
 ??  ?? PIQUE
PIQUE
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia