Utusan Borneo (Sarawak)

Hazard perlukan masa kembali ke prestasi terbaiknya: Sarri

-

HUDDERSFIE­LD, England: Pengurus Chelsea, Maurizio Sarri mengakui pemain bintangnya, Eden Hazard, memerlukan lebih banyak masa untuk kembali ke prestasi terbaiknya walaupun mempamerka­n aksi memberangs­angkan pada 15 minit terakhir permainan ketika Chelsea menewaskan Huddersfie­ld 30 di gelanggang lawan dalam aksi Liga Perdana Inggeris Sabtu lepas.

Chelsea menangani permulaan hambar perlawanan di Stadium John Smith untuk memberikan pengurus baharu mereka kemenangan pada penampilan sulung beliau dalam Liga Perdana Inggeris selepas satu bulan penuh kesukaran.

N’Golo Kante membuka jaringan buat Chelsea, 27 hari selepas beliau membintang­i Perancis yang muncul juara Piala Dunia 2018 di Rusia sebelum penalti Jorginho dan gol Pedro melengkapk­an kemenangan Chelsea.

Hazard kemudian dimasukkan pada 15 minit terakhir permainan walaupun ada spekulasi mengenai masa depan pemain antarabang­sa Sepanyol itu di Stamford Bridge.

Hazard dikaitkan dengan satu perpindaha­n ke Real Madrid, yang sudah membeli penjaga gol utama Chelsea, Thibaut Courtois, dua hari sebelum Sarri memulakan perlawanan kompetetif bersama Chelsea – satu perpindaha­n yang menambah ketidaksta­bilan di kelab.

Masa depan Hazard, yang hanya kembali berlatih bersama kelab awal minggu ini selepas membantu Belgium menduduki tempat ketiga di Piala Dunia, mungkin belum disahkan sehingga tarikh akhir perpindaha­n di Eropah pad 31 Ogos ini.

Kualiti beliau jelas ke- lihatan walaupun membuat penampilan singkat dengan larian deras dengan melepasi beberapa pemain Huddersfie­ld sebelum mengumpan bola kepada Pedro untuk gol ketiga Chelsea.

Ditanya jika beliau terkejut dengan sumbangan Hazard, Sarri berkata: “Saya fikir Eden ketika ini tidak dapat bermain untuk 90 minit. Beliau harus meningkatk­an lagi kecergasan dan juga menjalani lebih banyak latihan.

“Saya fikir apa yang terbaik ialah untuk beliau bermain 15 atau 20 minit apabila lawan kami sudah keletihan.”

Sarri berikrar untuk mempamerka­n permainan menyerang di Chelsea dan pasukannya kelihatan tenang mengawal bola walaupun beliau menjelaska­n beliau tidak hanya cuba meniru corak permainan yang beliau pernah gunakan ketika membimbing Napoli. — AFP

 ?? — Gambar AFP ?? SASARAN PIHAK LAWAN: Hazard (tengah) diasak oleh dua pemain Huddersfie­ld ketika bersaing pada perlawanan liga di Stadium John Smith’s, Huddersfie­ld Sabtu lepas.
— Gambar AFP SASARAN PIHAK LAWAN: Hazard (tengah) diasak oleh dua pemain Huddersfie­ld ketika bersaing pada perlawanan liga di Stadium John Smith’s, Huddersfie­ld Sabtu lepas.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia