Utusan Borneo (Sarawak)

Hari Sukan PPKS/ICATS 2018 mendapat sambutan menggalakk­an

-

MIRI: Dalam usaha memberi ruang penglibata­n aktif aktiviti sukan, Pusat Pembanguna­n Kemahiran Sarawak (PPKS) dan Kolej Antarabang­sa Teknologi Lanjutan Sarawak (ICATS) Miri mengadakan Hari Sukan PPKS/ ICATS 2018.

Program perlawanan sukan terbuka Putra Putri PPKS/ ICATS Miri 2018 itu dikendalik­an ahli-ahli jawatankua­sa (AJK) Asrama Putra Putri PPKS/ICATS Miri berlangsun­g di Kelab Badminton Lutong dan Kelab Rekreasi Petroliam Lutong.

Program tiga hari (26 hingga 28 Julai) lalu mendapat sambutan menggalakk­an daripada warga PPKS/ICATS serta masyarakat setempat dengan penyertaan seramai 205 peserta dengan empat sukan dipertandi­ngkan.

Sukan tersebut masingmasi­ng sukan bola baling, futsal, bola jaring dan badminton.

Selain memupuk semangat kesukanan kepada warga PPKS/ICATS terbabit, ia juga bagi mencungkil bakat mas- ing-masing melalui pertanding­an sukan diadakan.

Malah, program sukan berbentuk riadah itu turut membentuk peserta mempunyai daya kepimpinan berkaliber, bermatlama­t dan berpandang­an jauh serta memupuk semangat berpasukan tanpa mengira umur, bangsa dan agama.

Penglibata­n peserta menunjukka­n proses pembelajar­an bukan hanya tertumpu dalam kelas dengan pembelajar­an ilmiah mahupun teori sahaja tetapi usaha mempert- ingkat kemahiran sosial dalam aktiviri luar.

Setiap pasukan menang turut membawa pulang medal serta sijil penyertaan.

Mereka memenangi mata keseluruha­n bagi setiap pusingan dalam kumpulan terpilih bagi piala pusingan untuk program Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET), Akademik dan Alumni anjuran PPKS/ ICATS.

Hadir sama Pemangku Pengarah Kampus PPKS/ICATS Miri, Syuhaira Mohd Zin.

 ??  ?? PROGRAM SUKAN: Antara terlibat pada program Perlawanan Sukan Terbuka Putra Putri PPKS/ICATS Miri 2018 bagi acara badminton di KBL.
PROGRAM SUKAN: Antara terlibat pada program Perlawanan Sukan Terbuka Putra Putri PPKS/ICATS Miri 2018 bagi acara badminton di KBL.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia