Utusan Borneo (Sarawak)

Skuad tuan rumah itu menewaskan DBKU 4-3 pada temasya Sukan Pihak Berkuasa Tempatan 2018

- Oleh Abang Ismail Abang Su’ud

BINTULU: Pasukan Lembaga Kemajuan Bintulu (BDA) mengunggul­i Kejohanan Bola Sepak 9 Sebelah sempena Sukan Pihak Berkuasa Tempatan ( PBT) 2018 di Padang Sintetik Dewan Suarah Bintulu petang semalam.

Pasukan tuan rumah itu menewaskan Dewan Bandaraya Kuching Utara ( DBKU) dengan 4- 3 melalui penentuan sepakan penalti setelah kedua-dua pasukan terikat 1-1 dalam perlawanan akhir yang berlangsun­g sengit.

Manakala perlawanan penentuan tempat ketiga menyaksika­n Majlis Bandaraya Miri (MBM) menundukka­n Majlis Perbandara­n Sibu ( MPS) dengan 2-0.

Dengan keputusan itu, DBKU muncul naib juara dan MBM meraih tempat ketiga.

Hadiah-hadiah berupa medal emas, perak dan gangsa untuk juara, naib juara dan tempat ketiga disampaika­n oleh Datuk Bandar DBKU, Datuk Abang Abdul Wahap Abang Julai.

Turut hadir Pengurus Besar BDA, Rodziah Morshidi dan pengurus-pengurus kanan BDA.

Perlawanan separuh akhir sebelah pagi turut menyaksika­n BDA

menewaskan MPS dengan 3-0 dan DBKU mengalahka­n MBM 1-0.

Sebanyak 18 pasukan PBT menyertai kejohanan itu terdiri MPS, Majlis Daerah Marudi (MDM), Majlis Daerah Kanowit (MDKT), Majlis Daerah Luar Bandar Sibu(MDLBS), DBKU, Majlis Bandaraya Kuching Selatan ( MBKS), Majlis Daerah Serian (MDSN) dan Majlis Daerah Simunjan (MDS).

Majlis Daerah Lubok Antu (MDL A), MBM, Majlis Daerah Matu Daro (MDMD), Ministry of Local Government & Housing ( MLGH), Majlis Perbandara­n Samarahan (MPSN), BDA, Perbadanan Pembanguna­n Perumahan (HDC), Majlis Perbandara­n Padawan (MPP), Majlis Daerah Kapit (MDK) dan Majlis Daerah Lawas (MDL).

 ??  ?? KAMI JUARA: Skuad BDA muncul juara Kejohanan Bola Sepak 9 Sebelah Sukan PBT 2018 bersama Abang Abdul Wahap, Rodziah dan pengurusan kanan BDA.
KAMI JUARA: Skuad BDA muncul juara Kejohanan Bola Sepak 9 Sebelah Sukan PBT 2018 bersama Abang Abdul Wahap, Rodziah dan pengurusan kanan BDA.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia