Utusan Borneo (Sarawak)

Halep, Stephens bertembung di final kejohanan WTA Kanada di Montreal

-

MONTREAL, Kanada: Sloane Stephens menyingkir­kan juara bertahan, Elina Svitolina pada kejohanan WTA Kanada di sini Sabtu lepas dan akan menempah pertemuan akhir menentang Simona Halep, mirip pertemuan final di Terbuka Perancis sebelum ini.

Stephens, pemain pilihan ketiga kejohanan dari Amerika Syarikat (AS), melangkah ke final dengan menewaskan Svitolina 6-3 dan 63 pada perlawanan separuh akhir kedua.

“Saya hampir mencipta kemenangan sebelum ini, jadi saya akan cuba bermain dengan lebih baik esok (final),” kata Stephens ketika merujuk kekalahan kepada Halep di final Terbuka Perancis.

“Saya tidak mempunyai sebarang tekanan, melangkah ke final di sini sudah sesuatu yang hebat. Beliau adalah pemain nombor satu dunia tetapi saya akan cuba bermain sebaik yang saya mampu.”

Stephens menguasai set pertama dengan mendahului selesa 4-0 ketika Svitolina sukar mencari rentak.

Svitolina cuab bangkit seketika tetapi terhenti pada kedudukan 3-5 sebelum Stephens mengutip mata akhir set pertama.

Set kedua kelihatan sama dengan Stephens mendahului 3-1 dan kebangkita­n sementara Svitolina juga berpanjang­an sebelum Stephens mengesahka­n kemaraan ke final.

Stephens, juara Terbuka AS, akan menentang Halep, selepas hanya menewaskan jaguh dari Romania itu sebanyak dua kali dari lapan pertemuan terakhir.

Halep, yang tewas kepada Stephens dalam tiga set di final Terbuka Perancis pada bulan Jun, tidak menghadapi masalah untuk menewaskan Ashleigh Barty dari Australia 6-4 dan 6-1 untuk ke final.

Barty gagal mencari rentak ekoran permainan servis yang hambar dan hanya memberikan saingan yang kuat di awal permainan sebelum Halep menguasai sepenuh permainan. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia