Utusan Borneo (Sarawak)

Pelari Kenya ‘takluk’ Kuching Marathon Mburu ungguli kategori 42km lelaki terbuka diikuti Jospha, Mungatha masing-masing raih tempat ke-2, ke-3

- Oleh Agnes Tugong

KUCHING: Pelari Kenya sekali lagi mengunggul­i acara Kuching Marathon 2018 yang berlangsun­g di bandar raya ini awal pagi semalam bermula dari Padang Merdeka di sini.

Mburu John Muiruri muncul juara bagi kategori 42 kilometer (km) lelaki terbuka dengan catatan masa 02:53:42, manakala dua lagi rakan senegara dari Kenya, Jospha Tkiptanuit­oo Choibei dan Stephen Mungatha masing-masing di tempat kedua dan ketiga.

Kategori 42km wanita terbuka dimenangi oleh Maragaret Njuguna dengan catatan masa 02:53:42 menewaskan dua lagi rakan senegara juga dari Kenya, Kangogo Loice Jebet dan Chelagat Risper Lagat masing-masing di tempat kedua dan ketiga.

Juara bagi kedua-dua kategori ini menerima hadiah wang tunai RM8,500 manakala tempat kedua dan ketiga masing- masing menerima hadiah wang tunai RM3,500 dan RM2,000.

Hadiah disampaika­n oleh Menteri Muda Belia dan Sukan, Datuk Snowdan Lawan mewakili Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Abang Openg.

Turut hadir Datuk Bandar Dewan Bandaraya Kuch- ing Utara (DBKU) Datuk Abang Abdul Wahap Abang Julai, Pengarah Urusan Plaza Merdeka Holdings Sdn Bhd yang juga penasihat Kuching Marathon, Datuk Steve Ng, Pengarah Kuching Marathon, Liew Tang Chieh serta yang lain.

Dalam pada itu, Mburu yang ditemui selepas penyampaia­n hadiah berkata ini merupakan penyertaan pertamanya dalam acara Kuching Marathon 2018.

Gembira dengan kemenangan itu, Mburu berkata beliau berhasrat untuk menyertai acara yang sama di Indonesia selepas ini.

“Ini merupakan kali pertama saya menyertai Kuching Marathon dan juga marathon penuh iaitu pada jarak 42km.

“Sebelum ini, saya pernah memenangi acara separuh marathon di Singapura dan saya selepas ini saya berhasrat untuk menyertai marathon di Indonesia,” katanya ditemui di sini semalam.

Sementara itu, Maragaret berkata ini merupakan kali kedua beliau memenangi acara ini selepas penyertaan kali pertama tahun lalu.

“Saya sangat teruja dapat menyertai acara ini di sini yang mana dianjur dengan begitu baik dan jika ada kesempatan saya akan kembali menyertai acara ini tahun depan,” katanya yang bakal menyertai Cabaran Towerthon Antarabang­sa Menara KL 2018, Ahad depan.

Dalam pada itu, sekitar 10,000 pelari mengambil bahagian dalam acara Kuch- ing Marathon semalam dalam empat kategori iaitu 42km, 21km, 10km dan 5km.

Kategori 42km lelaki dan wanita kebangsaan masingmasi­ng dimenangi Ruston Masri dan Tho Siaw Khim dari Malaysia manakala 42km lelaki dan wanita veteran dimenangi Prasoet Phaisan dari Thailand dan Kadri Tokai dari Jepun.

Kategori 21km lelaki dan wanita terbuka serta kategori lelaki dan wanita veteran dimenangi Muthoni Peterson Kibui (Kenya) dan Kanako Maeda (Jepun) serta Jasri Saibin dan Ling Mee Eng masing-masing dari Malaysia.

Satu lagi kategori iaitu 10km lelaki dan wanita terbuka masing-masing dimenangi Nyon Siu Fat (Indonesia) dan Murungi Betty Kathambi dari Kenya.

 ??  ??
 ??  ?? TAHNIAH: Pemenang Kuching Marathon semua kategori bersama Snowdan dan tetamu pada Kuching Marathon 2018 semalam.
TAHNIAH: Pemenang Kuching Marathon semua kategori bersama Snowdan dan tetamu pada Kuching Marathon 2018 semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia