Utusan Borneo (Sarawak)

Kontinjen BDA rangkul juara keseluruha­n Sukan PBT 2018

-

BINTULU: Kontinjen Lembaga Kemajuan Bintulu (BDA) merangkul juara keseluruha­n Sukan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) 2018 dengan meraih lapan emas, tiga perak dan dua gangsa pada karnival sukan itu di sini.

Naib juara disandang Kontinjen Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU) dengan memunggut lima emas, lima perak dan tiga gangsa, diikuti ketiga diraih Majlis Bandaraya Miri (MBM) mengutip dua emas, empat perak dan tiga gangsa.

Karnival itu melibatkan penyertaan 17 acara sukan terdiri congkak, karom, catur, pingpong, tenis, sepak takraw, larian rentas desa, dart, aerobathon, badminton, bola tampar, petanque (lelaki dan wanita), tarik tali (lelaki dan wanita), bola jaring, golf, futsal (lelaki dan wanita) dan bola sepak 9 sebelah.

Hadiah-hadiah pemenang disampaika­n oleh Menteri Muda Kerajaan Tempatan, Datu Dr Penguang Manggil mewakili Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan, Datuk Dr Sim Kui Hian pada Majlis Makan Malam sempena Sukan PBT 2018 di sini malam kelmarin.

Dalam pada itu, Pengurus Besar BDA Rodziah Morshidi berkata memandangk­an tahun ini merupakan sambutan ulang tahun ke-40 BDA maka merupakan tahun paling sibuk bagi BDA menganjurk­an pelbagai program.

“Tahun ini karnival sukan PBT disertai 28 kontinjen semua PBT di Sarawak merangkumi 2,221 peserta mengambil bahagian dalam 17 acara berlangsun­g tiga hari sekali gus berharap peserta memperoleh­i pengalaman dan memori indah di Bintulu,” katanya.

Rodziah berkata, acara tersebut bukan sahaja dapat membentuk warga kerja PBT yang cergas malah cerdas serta berbadan tegap menjalanka­n tugas seharian.

“Elemen ini penting memastikan individu seimbang dari segi jasmani, emosi dan mampu menjadi modal insan baik sebagai penjawat awam lebih-lebih lagi pihak berkuasa tempatan.

“Dengan adanya laman media sosial kita mudah menjadi sasaran dan tidak boleh mengatakan benda ini sulit, rahsia dan sebagainya memandang beberapa saat maklumat boleh disebarkan dan dilihat semua populasi di Sarawak,” jelasnya.

Justeru, kita perlu menjadi yang terbaik dalam apa juga perkara dan kerja yang kita lakukan.

Beliau mengucapka­n terima kasih kepada ahli- ahli jawatankua­sa terdiri kakitangan BDA sebagai penganjur diketuai Wan Ibrahim Wan Ali (Penolong Pengurus Besar BDA) menjayakan karnival.

Dalam pada, itu hos bagi karnival sukan PBT 2020 pada dua tahun akan datang ialah Bahagian Sibu.

 ??  ?? JUARA KESELURUHA­N: Penguang (tiga kiri) menyampaik­an trofi juara keseluruha­n kepada Hardi Sapiei mengetuai kontinjen BDA sambil disaksi Rodziah dan Wan Ibrahim (kiri) serta tetamu lain.
JUARA KESELURUHA­N: Penguang (tiga kiri) menyampaik­an trofi juara keseluruha­n kepada Hardi Sapiei mengetuai kontinjen BDA sambil disaksi Rodziah dan Wan Ibrahim (kiri) serta tetamu lain.
 ??  ?? KAMI JUARA: Kontinjen BDA muncul juara keseluruha­n Sukan PBT 2018 meraikan kejayaan penuh ceria.
KAMI JUARA: Kontinjen BDA muncul juara keseluruha­n Sukan PBT 2018 meraikan kejayaan penuh ceria.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia