Utusan Borneo (Sarawak)

Golf: Aw Yong merangkul Piala Cabaran Timbalan Ketua Menteri

-

KUCHING: Aw Yong merangkul Piala Cabaran Timbalan Ketua Menteri Tan Sri Datuk Amar Dr James Jemut Masing setelah muncul juara kategori terbuka (gross) Kejohanan Golf Terbuka Master Amatur Sarawak Ke-11 di Kelab Golf Sarawak (KGS), Petra Jaya.

Mengatasi dua beradik selaku pencabar utama iaitu Lee Ka Tung dan Lee Ka Tiong, Aw Yong turut membawa pulang wang tunai RM3,000 manakala Ka Tung dan Ka Tiong akur tempat kedua dan ketiga masing- masing menerima wang tunai RM2,400 dan RM1,800.

Bagi kategori terbuka (nett), pemenang pertama, kedua dan ketiga disandang Johari Aman, Abdul Aziz Ismail dan Michael Lee dengan masing- masing menerima hadiah wang tunai RM1,500, RM1,000 dan RM800.

Penyampaia­n hadiah kepada pemenang kejohanan dianjurkan oleh Blessed Builders Holdings Sdn Bhd itu disempurna­kan oleh Dr Masing di KGS, di sini semalam.

Turut hadir Presiden Persatuan Golf Sarawak Hoan Kee Hock, Kapten KGS, Henry Chuo dan pengerusi penganjur, Dato Sri Thomas Lau.

Sementara itu, Nicholas Lau pulang dengan hadiah wang tunai RM600 setelah memenangi kategori terbuka gross ( Siol/ Demak) dan Then Sa Yew di tempat kedua menerima wang tunai RM350.

Kategori terbuka gross (Matang/Santubong) dimenangi Wong Koo Ching dan Wong King Hie masing-masing menerima wang tunai RM450 dan RM250.

Dalam kategori terbuka nett (Siol/Demak) dimenangi Wilfred Mujah merangkul wang tunai RM1,000 manakala Keelan Woon dan Bob Chew di tempat kedua dan ketiga masing- masing menerima RM600 dan RM500.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia