Utusan Borneo (Sarawak)

‘Deadpool’ bantu jana pendapatan Fox

-

KUMPULAN media 21st Century Fox, yang kebanyakan­nya sedang dijual kepada Walt Disney Co., pada minggu lepas mengatasi jangkaan pendapatan dengan bantuan filem terbaharu yang diabadikan khas kepada anti-wira “Deadpool”.

Syarikat itu melaporkan keuntungan sebanyak AS$4.48 bilion dalam tahun fiskal yang berakhir pada 30 Jun, berbanding pendapatan bersih sebanyak AS$3 bilion pada tahun sebelum itu.

Ia memberi kredit kepada reformasi cukai di Amerika Syarikat (AS) kerana memberikan­nya perolehan perakaunan sebanyak AS$1.5 bilion pada hujung 2017.

Studio filem syarikat itu, 20th Century Fox, megah selepas memenangi Anugerah Akademi untuk enam buah filem – termasuk anugerah Oscar bagi filem terbaik untuk ‘The Shape of Water’ – dan berkata ia menamatkan tahun lepas dengan “kejayaan panggung yang kuat” bagi ‘Deadpool 2’.

Sekuel itu, yang dibintangi seorang adiwira yang tidak dapat dibunuh dan bermulut celupar dari Marvel Comics, mengaut lebih AS$730 juta di box office panggung di seluruh dunia, menurut laporan pendapatan.

Hasil pendapatan untuk tahun yang baharu berakhir meningkat sebanyak tujuh peratus kepada AS$30.4 bilion, kata syarikat itu.

Pendapatan yang diubahsuai bagi syarikat itu selari dengan jangkaan penganalis­a. Saham Fox turun kurang satu peratus kepada AS$45.42 dalam dagangan selepas pasaran.

Syarikat itu berkata keuntungan­nya dalam suku fiskal terakhir adalah AS$925 juta ke atas hasil pendapatan yang naik sebanyak 18 peratus dari tempoh yang sama setahun sebelum itu.

“Pada waktu kami semakin hampir menggabung­kan perniagaan kami dengan Disney dan menubuhkan ‘Fox’ baharu, kami yakin laluan yang kami wujudkan untuk perniagaan ikonik kami akan memacu nilai yang bertahan lama dan semakin berkembang untuk pemegang saham kami,” kata dua pengerusi eksekutif Rupert dan Lachlan Murdoch dalam terbitan pendapatan.

Satu perjanjian mega media-hiburan yang membolehka­n Disney untuk mengambil alih sebahagian besar empayar 21st Century Fox milik keluarga Murdoch melangkah lagi ke arah pemeteraia­n pada bulan lepas apabila pemegang saham keduadua syarikat meluluskan penggabung­an itu.

Perjanjian bernilai AS$71.3 bilion itu – yang masih perlu diluluskan badan kawal selia – akan memberikan kepada Disney aset-aset berharga yang sedang dijual oleh kumpulan Rupert Murdoch, termasuk studio Fox di Hollywood serta operasi penerbitan televisyen dan filem yang penting.

Kumpulan kabel dan hiburan AS, Comcast, terbabit dalam perang bidaan dengan Fox untuk kumpulan TV berbayar yang berpangkal­an di Britain, Sky, di mana Fox sudah memiliki 39 peratus.

Syrikat-syrikat mediahibur­an besar itu cuba mendapatka­n persetujua­n dalam usaha mereka untuk memperlaha­nkan kebangkita­n platform media striming seperti Netflix dan Amazon, dan bersiap sedia untuk kemasukan gergasai Silicon Valley seperti Google dan Facebook ke dalam sektor tersebut.

— AFP

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia