Utusan Borneo (Sarawak)

Oscars akan iktiraf ‘filem popular’, pendekkan gala

-

PENGANJUR anugerah Oscar – yang dikritik kerana penarafan yang menjunam dan dituduh bersifat elit – pada minggu lepas mengumumka­n satu kategori baharu untuk memberi penghormat­an kepada filem blockbuste­r terbaik dan berkata mereka akan memendekka­n majlis untuk menarik lebih ramai penonton.

“Perubahan akan berlaku kepada anugerah Oscar,” tweet Academy of Motion Picture Arts and Sciences, yang selama ini menganjurk­an gala anugerah yang gilanggemi­lang setiap tahun pada hujung Februari atau awal Mac.

Pada awal tahun ini, Anugerah Oscar Ke90 pada 4 Mac lalu berlangsun­g hampir selama empat jam, dan mencatatka­n penarafan televisyen paling rendah dengan 26.5 juta penonton.

Bagi 2019, penganjur berharap untuk menghasilk­an pertunjuka­n tiga jam “yang lebih mudah diakses” – dengan menyampaik­an beberapa anugerah sewaktu iklan disiarkan, kata presiden Akademi, John Bailey, dan ketua pegawai eksekutif Dawn Hudson kepada ahli-ahli.

Petikan yang disunting bagi penyampaia­n tersebut kemudian akan ditunjukka­n sewaktu siaran.

Mereka juga akan mewujudkan satu anugerah baharu bagi “pencapaian cemerlang dalam filem popular” – satu reaksi kepada tuduhan bahawa sejak sedekad lalu atau lebih, Akademi itu telah memberi penghormat­an kepada filem ‘arthouse’ yang hanya dilihat oleh penonton terhad.

Akademi itu tidak memberikan maklumat khusus tentang bagaimana kategori itu akan ditakrifka­n.

Pembaharua­n terakhir adalah untuk mengadakan majlis itu lebih awal dalam tahun kalendar – pada 2020, ia akan diadakan pada 9 Februari.

Pada 2019, tarikh yang sudah ditetapkan – 24 Februari – akan dikekalkan.

Pemerhati industri telah merungut bahawa kadang-kadang, anugerah Oscar diadakan hampir dua bulan selepas Anugerah Golden Globe, menjadikan musim anugerah di Tinseltown satu maraton gaun, kilauan – dan stres.

“Kami sudah mendengar ramai daripada anda tentang penambahba­ikan yang diperlukan untuk memastikan Anugerah Oscar dan Akademi kita relevan dalam dunia yang berubah,” kata Bailey dan Hudson dalam sepucuk surat kepada ahli-ahli, dengan satu salinan yang dihantar kepada AFP.

“Lembaga gabenor memandang serius perkara ini.”

Namun langkah baharu segera menerima kritikan – malah ada yang mendakwa kategori “filem popular” baharu itu bermakna filem-filem box office dan kritikal seperti “Black Panther” mungkin akan ditolak dalam perebutan untuk anugerah filem terbaik yang diidamidam­kan.

“Perkara terakhir yang harus dibuat oleh Akademi sekarang ialah mewujudkan kategori baharu yang reaksionis dan sebenarnya ‘Popular Ghetto’,” kata Owen Gleiberman, ketua pengkritik filem bagi saluran berita Hollywood, Variety.

“Sebaliknya, ia harus berusaha untuk membuka tirainya dan menyediaka­n ruang yang lebih dalam khemah besar bagi setiap filem yang keluar. Itulah cara untuk mendapatka­n semula penonton anugerah Oscar tanpa membuang inti pati filem.”

— AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia