Utusan Borneo (Sarawak)

Serangan yang disasarkan di bandar utama Bamako pada petang permulaan pilihan raya presiden sempat dihidu

-

BAMAKO: Perkhidmat­an k e s e l a m a t a n M a l i menyatakan kelmarin mereka telah menghalang satu rancangan untuk melancarka­n serangan yang disasarkan di bandar utama Bamako pada petang permulaan pilihan raya presiden yang dicemari gangguan keselamata­n.

Pusingan kedua semalam kemungkina­n menyaksika­n Ibrahim Boubacar Keita kembali menerajui Mali di sebalik kritikan pedas mengenai cara beliau menguruska­n penentanga­n terhadap keganasan pelampau dan serangan etnik yang lain.

Pusingan pertama bulan lepas dicemari keganasan dan ancaman daripada beberapa kumpulan bersenjata yang membawa kepada penutupan ratusan pusat pengundian, kebanyakan di wilayah tengah yang tiada peraturan.

K e s e l a m a t a n a k a n diperketat untuk pusingan kedua, menurut pembantu di pejabat perdana menteri kelmarin, dengan 20 peratus tambahan anggota tentera yang bertugas.

Ini bermakna 36,000 anggota tentera Mali akan dikerahkan, tambahan 6,000 lagi berbanding dua minggu sebelumnya, dengan fokus ke wilayah Mopti di tengah negara di mana pusat pengundian telah ditutup, tambah Cheick Oumar.

Pasukan keselamata­n di Bamako kelmarin menyatakan mereka telah menahan tiga anggota kumpulan komando yang merancang serangan di ibu negara pada hujung minggu ini.

Tiga lelaki disyaki terlibat dalam rompakan yang menyebabka­n tiga orang terbunuh pada 2016, dituduh merancang serangan yang disasarkan pada hujung minggu, menurut pihak perkhidmat­an keselamata­n.

“Mereka berada pada peringkat perancanga­n,” katanya.

“Buat masa sekarang kami tidak akan memberikan terlalu banyak maklumat dalam bentuk senjata dan peluru yang dirampas, namun secara jelasnya semasa tempoh pilihan raya lebih baik menahan mereka.”

Pilihan raya semalam merupakan pertanding­an semula bagi keputusan pada 2013 yang dimenangi Keita dengan kemenangan tipis melawan bekas menteri kewangan Soumaila Cisse.

Keita, 73, memperoleh­i 41.7 peratus daripada undian pusingan pertama pada 29 Julai manakala Cisse, 68, mendapat 17.78 peratus.

C i s s e m e n e g a s k a n Jumaat lepas beliau akan mengubah keadaan semasa hari pegundian, memberikan amaran status quo akan hanya membawa kekecohan dalam negara yang huru-hara.

Namun beliau gagal m e n y a t u k a n p i h a k p e m b a n g k a n g b a g i menyokongn­ya, dan cabaran pusingan pertama adalah sama ada menyokong presiden atau menolak untuk memberikan arahan pengundian.

Beberapa rakyat Mali menghadiri rangkaian perarakan yang dirancangk­an dan bantahan oleh pihak pembangkan­g di bandar utama Bamako sebelum pieringkat awal.

Hasilnya, Keita, biasanya dinamakan sebagai ‘ IBK’ sempena nama singkatann­ya, adalah jelas merupakan calon kegemaran.

Tiga calon utama p e m b a n g k a n g t e l a h m e l a k u k a n c a b a r a n perundanga­n terakhir, menyatakan kotak undi penuh dan beberapa perkara luar biasa lain namun petisyen mereka ditolak Mahkamah Perlembaga­an.

Di luar Mali, pemenang diharap memperkuku­h perjanjian pada 2015 bahawa wilayah penting Sahel dilihat sebagai asasnya untuk kedamaian.

Perjanjian menyatukan kerajaan, kumpulan bersekutu dengan kerajaan dan bekas pemberonta­k Tuareg, namun perintah darurat memasuki tahun keempatnya pada November.

Keganasan pelampau telah merebak dari utara ke tengah dan selatan negara luas ini serta merebak ke negara jiran Burkina Faso dan Niger, selalunya mencetuska­n konflik perkauman.

Pilihan raya akan dibuka jam 8 pagi hingga 6 petang waktu tempatan.

Kehadiran kurang ketika pusingan pertama pilihan raya iaitu cuma kira-kira 40 peratus. — AFP

 ?? — Gambar Reuters ?? PERIKSA: Anggota tentera Mali menjalanka­n imbasan badan ketika orang ramai berbaris menunggu giliran di sebuah pusat pengundian di Bamako, semalam.
— Gambar Reuters PERIKSA: Anggota tentera Mali menjalanka­n imbasan badan ketika orang ramai berbaris menunggu giliran di sebuah pusat pengundian di Bamako, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia