Utusan Borneo (Sarawak)

Brazil ratapi peguam dibunuh suami

-

RIO DE JANEIRO: Rakyat Brazil berarak kelmarin untuk meratapi seorang peguam wanita yang dikatakan maut ditolak suaminya dari tingkap tingkat empat dalam insiden yang membangkit­kan kebimbanga­n mengenai peningkata­n keganasan terhadap wanita.

Beratus- ratus orang menghadiri rali pertubuhan peguam di Curitiba, bandar utama wilayah Parana di mana Tatiane Spitzner meninggal dunia pada 22 Julai lalu.

Berpakaian serba putih, orang ramai berarak melalui bandar sebelum melepaskan belon putih, menurut rakaman dalam laman Facebook pertubuhan tersebbut.

Suami Spitzner, Luis Felipe Manvailer, kini dalam tahanan, dituduh memukul isterinya, menghalang­nya melarikan diri, kemudian memaksa mangsa masuk ke dalam lif di bangunan pangsapuri kediaman mereka di Guarapuava sebelum menolaknya dari tingkap.

Beberapa peguam bagi lelaki itu menyatakan dia tidak bersalah dan laporan dalam sesawang berita G1 memetik suspek sebagai memberitah­u pihak pemeriksa psikologi bahawa dia memikirkan isterinya telah melompat di atas keinginann­ya sendiri.

Dia mendakwa dia tidak mengingati apa yang telah berlaku, menurut laporan psikologi.

Namun tidak syak lagi suspek mula bertindak dengan memukul dan menendang isterinya beberapa kali.

Serangan i tu telah dirakamkan oleh kamera keselamata­n, menimbulka­n bantahan ketika disiarkan pertama kali dalam televisyen negara awal bulan ini.

Rakaman daripada beberapa kamera keselamata­n itu menunjukka­n Manvailer membelasah ganas isterinya di garaj parkir, lif dan koridor pangsapuri tingkat lima beberapa detik sebelum satu lagi kamera menunjukka­n mangsa terhempas jatuh di kaki lima.

Beberapa minit kemudian dia dilihat turun dengan lif dan kembali dengan mayat isterinya.

Dia kemudian mengelap kesan darah dari lif dan meninggalk­an tempat tersebut, sebelum ditahan polis.

Satu laporan tahunan yang dipercayai dikeluarka­n minggu ini oleh pihak bukan perniagaan Brazilian Forum for Public Security mendapati peningkata­n enam peratus kes pembunuhan wanita pada 2017.

Ini termasuk 1,133 kematian akibat jenayah terhadap wanita, atau mangsa yang sengaja dijadikan sasaran kerana mereka adalah wanita.

Sebanyak 60,018 kes rogol meningkat lebih lapan peratus berbanding 2016.

Ayah mangsa, Jorge Spitzner, menghadiri tunjuk perasaan Curitiba kelmarin di mana beliau menyatakan jenayah kebencian berkaitan dengan jantina membelengg­u negara, lapor G1. — AFP

 ?? — Gambar AFP ?? TIDAK BEPERIKEMA­NUSIAAN: Gambar rakaman video keselamata­n pada 22 Julai yang dikeluarka­n Mahkamah Negeri Parana menunjukka­n Manvailer menahan Spitzner di dalam lif pangsapuri mereka di bandar Guarapuava, Parana.
— Gambar AFP TIDAK BEPERIKEMA­NUSIAAN: Gambar rakaman video keselamata­n pada 22 Julai yang dikeluarka­n Mahkamah Negeri Parana menunjukka­n Manvailer menahan Spitzner di dalam lif pangsapuri mereka di bandar Guarapuava, Parana.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia