Utusan Borneo (Sarawak)

Maduro terima bantuan FBI

-

CARACAS: P r e s i d e n Nicolas Maduro menyatakan bahawa beliau akan membenarka­n ejen Biro Siasatan Persekutua­n (FBI) dari Amerika Syarikat (AS) untuk datang ke Venezuela bagi membantu menyiasat rancangan terbaharu untuk membunuhny­a dengan dron bom, dengan syarat.

Sekiranya pegawai AS mengesahka­n tawaran FBI untuk menyiasat hubungan di Florida dengan rancangan pembunuhan itu.

“Saya akan membenarka­n FBI datang ke sini,” kata Maduro dalam acara lewat kelmarin bersama para pemimpin kanan tentera.

Menurut Maduro, terdapat kumpulan pengganas di wilayah Florida di AS, kediaman komuniti besar pendatang Venezuela, diketuai seorang lelaki bernama Osman Delgado Tabosky, yang didakwanya sebagai dalang utama rancangan tersebut.

Kenyataan Maduro dibuat selepas Menteri Luar Jorge Arreaza pada Rabu lepas menyatakan wakil AS di Caracas, James Story, telah menyurakan kebimbanga­n beliau mengenai rancangan pembunuhan pada 4 Ogos dan kesanggupa­n kerajaanny­a untuk bekerjasam­a.

Dua dron membawa bom itu terbang ke arah Maduro semasa beliau menghadiri perarakan tentera di Caracas, menurut pihak berkuasa.

Ketika satu ledakan berlaku, anggota tentera dilihat melarikan diri dalam keadaan panik.

P i h a k b e r k u a s a menyatakan mereka telah menahan 10 suspek yang dituduh terlibat dengan bantuan daripada negara jiran Colombia dan orang yang tinggal di AS.

Pemimpin Venezuela sudah beberapa kali menuduh Washington bersubahat untuk menjatuhka­n mereka, malah Caracas dan Washington tidak mempunyai duta sejak 2010.

Maduro sekali lagi kelmarin mempersala­hkan bekas presiden Colombia Juan Manuel Santos terlibat dalam rancangan tersebut.

Seorang suspek ditahan ejen Venezuela adalah anggota perundanga­n pembangkan­g Juan Requesens.

K e r a j a a n M a d u r o menyatakan Requesens mengaku berhubung dengan suspek kedua yang ditangkap dan mengakui terlibat dalam serangan. — AFP

 ?? — Gambar Reuters ?? SERIUS: Maduro bercakap semasa mesyuarat bersama para pemimpin kanan tentera di Caracas, kelmarin.
— Gambar Reuters SERIUS: Maduro bercakap semasa mesyuarat bersama para pemimpin kanan tentera di Caracas, kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia