Utusan Borneo (Sarawak)

Aquarius teruskan operasi selamat pendatang luar pantai Libya

-

ROM: Dua kumpulan Perancis yang menjalanka­n kapal penyelamat Aquarius menyatakan kelmarin ia telah kembali di perairan pantai Libya buat kali pertama sejak mencetuska­n perbalahan diplomatik mengenai pendatang pada Jun lepas.

Kapal Aquarius telah m e n y e l a m a t k a n 1 4 1 pendatang pada Jumaat lepas dalam dua operasi berasingan, menurut SOS Mediterran­ee dan Doctors Without Borders dalam Twitter.

Kapal Aquarius masih dalam zon mencari dan menyelamat, dan sedang dalam pencarian bagi mana-mana kapal lain yang memerlukan bantuan.

Pengumuman kumpulan menandakan kepulangan ke laut selepas masalah diplomatik yang bermula pada Jun ketika Aquarius, m e n y e l a m a t k a n 6 3 0 pendatang yang terkandas termasuk kanak-kanak dan wanita hamil, tidak diberi akses untuk berlabuh di Malta dan Itali.

Menteri Dalam Negeri Itali Matteo Salvini kemudian mengancam akan menghalau mana-mana bot penyelamat pendatang, menimbulka­n perbalahan baharu dalam kalangan 28 negara anggota EU mengenai cara menguruska­n kemasukan orang yang melarikan diri daripada peperangan dan kemiskinan.

Selepas kapal terkandas di laut selama beberapa hari, kerajaan Sosialis Sepanyol yang baharu menawarkan untuk membiarkan­nya mendarat di Valencia, di mana penumpangn­ya kemudian diarahkan balik pada Jun.

Salvini menyatakan dalam temu bual radio kelmarin bahawa Aquarius tidak akan dibenarkan memasuki pelabuhan Itali.

Perdana Menteri Giuseppe Conte pula dalam video Facebook menyatakan penurunan ketara dalam jumlah pendatang yang tiba di Itali dalam dua bulan pertama kerajaanny­a memegang kuasa.

Dalam salah satu operasi Jumaat lepas, Aquarius menerima 116 pendatang di atas kapalnya, termasuk 67 kanak-kanak yang tidak ditemani, kebanyakan­nya dari Somalia dan Eritrea.

Perahu mereka terlalu penuh dan tidak membawa air atau makanan ketika dikesan kira-kira 24 batu nautika di luar pantai Libya, di utara Abu Kammash.

Pada awal Jumaat, kapal itu telah menyelamat­kan 23 pendatang yang menaiki sebuah perahu yang turut meninggalk­an perairan Libya di utara Zouara.

Pihak pengawal pantai Itali pula mengumumka­n ia telah menghalang sebuah bot dari Turki yang membawa 61 lelaki Pakistan pada malam Khamis.

Ketika tiba di Sicily, lelakilela­ki tersebut mengaku masing- masing membayar 5,000 euro untuk perjalanan itu.

Dua rakyat Georgia dipercayai menganjurk­an perjalanan mereka. — AFP

 ?? — Gambar Reuters ?? SEMPAT: Pendatang yang terkandas dalam perahu merakam swafoto bersama semasa menunggu untuk diselamatk­an kapal penyelamat MV Aquarius di Laut Mediterran­ean luar pantai Libya, Jumaat lalu.
— Gambar Reuters SEMPAT: Pendatang yang terkandas dalam perahu merakam swafoto bersama semasa menunggu untuk diselamatk­an kapal penyelamat MV Aquarius di Laut Mediterran­ean luar pantai Libya, Jumaat lalu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia