Utusan Borneo (Sarawak)

Serangan pengganas membelengg­u Jordan

Tiga anggota pasukan keselamata­n maut di sarang persembuny­ian suspek disyaki terlibat serangan bom

-

AMMAN: Penyerang bersenjata membunuh tiga anggota pasukan keselamata­n Jordan dalam kejadian tembak-menembak kelmarin semasa satu serbuan ke atas sarang kumpulan pengganas sehari selepas seorang pegawai maut dalam letupan bom yang jarang berlaku, menurut jurucakap kerajaan.

K e j a d i a n t e m b a k - menembak di bandar Salt, barat laut bandar utama Amman, muncul selepas sebutir bom buatan sendiri meletup Jumaat lepas di bawah sebuah kereta peronda semasa festival muzik mengorbank­an seorang anggota keselamata­n dan mencederak­an enam lagi.

Letupan yang jarang berlaku itu mengenai peronda keselamata­n di Al-Fuhais, 12 kilometer di barat ibu negara pada petang Jumaat, menurut kementeria­n dalam negeri kelmarin.

“Ia telah membunuh Sarjan Ali Adnan Qawqaza dan mencederak­an enam anggota peronda yang lain,” menurut kementeria­n sambil menambahsa­tusiasatan­sedang dilakukan untuk mengenal pasti punca letupan.

Pasukan keselamata­n dikerah melindungi festival tahunan di pekan tersebut yang menjadi tuan rumah acara muzik Arab terkenal.

Lewat kelmarin, pasukan keselamata­n menyerbu sebuah rumah di Salt mencari kumpulan pengganas yang disyaki dalang pengeboman Jumaat lepas, menurut jurucakap kerajaan Jumana Ghneimat.

“Suspek menolak untuk menyerah diri dan melepaskan tembakan bertubi- tubi ke arah pasukan keselamata­n,” kata Ghneimat.

Suspek turut meletupkan bangunan persembuny­ian mereka yang telah dipasang dengan jerangkap samar sebelum itu, kata beliau, sambil menambah bahawa sebahagian bangunan itu roboh semasa serangan.

Tiga anggota pasukan keselamata­n terkorban dalam kejadian tembakan dan beberapa orang lagi, termasuk orang awam, tercedera, menurut Ghneimat, yang juga menteri hal ehwal media.

G h n e i m a t t i d a k memberikan­maklumatna­mun media tempatan Jordan, memetik sumber perubatan di Salt, menyatakan kitra-kira 20 orang telah tercedera dalam operasi tersebut.

Pasukan keselamata­n kemudian telah menahan tiga suspek, menurut beliau, sambil menambah bahawa operasi di Salt masih“berjalan.

Salt terletak beberapa kilometer di utara AlFuhais,sebuah pekan yang mempunyai kebanyakan penduduk Kristian.

Ghneimat meyatakan bahawa pasukan keselamata­n telah menyerbu rumah di Salt selepas menerima satu maklumat.

Terdapat tiada pengakuan bertanggun­gjawab segera bagi letupan bom Jumaat lepas dan identiti suspek di Salt juga masih belum dikenali.

Jordan telah memainkan satu peranan penting dalam pakatan yang diketuai oleh AS menentang kumpulan Islamic State di negara jiran Syria dan Iraq,menggunaka­n pasukan tentera udaranya m e n e n t a n g p e j u a g jihad dan membenarka­n pasukan tentera pakatan a g a r m e n g g u n a k a n pangkalann­ya.

Kerajaan telah dilanda oleh satu rangkaian serangan jihad pada 2016, termasuk satu pengeboman nekad pada June yang mengorbank­an tujuh orang pengawal berhampira­n sempadan dengan Syria yang telah diakui oleh IS.

Beberapa bulan kemudian pada Disemebr satu serangan tembakan, yang turut diakui oleh IS, telah membunuh 10 orang termasuk seorang pelancong Kanada.

Kelmarin Perdana Menteri Omar al- Razzaz berjanji Jordan tidak akan puas memburu pengganas.

“Jordan akan sering berada di barisan hadapan dalam perjuangan menentang keganasan dan idea berbahaya yang menyasarka­n nyawa orang yang tidak bersalah serta cuba mengganggu keselamata­n dan kestabilan,” jelas beliau dalam kenyataan yang disiarkan Petra.

Menurut kementeria­n dalam negeri, bom yang ditanam di bawah kereta peronda di Al-Fuhais adalah buatan sendiri.

“Tindakan pengecut ini tidak akan menghalang pasukan keselamata­n namun memperkuku­hkan usaha mereka untuk melakukan tugas mulia mereka dalam mengekalka­n keselamata­n r a k y a t , ” m e n u r u t kementeria­n awal kelmarin.

Satu laporan awal Petra lewat Jumaat menyatakan letupan berpunca daripada sebiji grenad gas pemedih mata yang meletup. — AFP

 ?? — Gambar Reuters ?? KEGANASAN: Pasukan keselamata­n berkumpul dengan bangunan separuh ranap yang menjadi sarang persembuny­ian suspek di Salt, semalam.
— Gambar Reuters KEGANASAN: Pasukan keselamata­n berkumpul dengan bangunan separuh ranap yang menjadi sarang persembuny­ian suspek di Salt, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia