Utusan Borneo (Sarawak)

Ghazni terus menjadi rebutan Taliban, Kabul

-

GHAZNI: Pertempura­n bagi bandar Ghazni di timur Afghanista­n telah memasuki hari ketiga ketika militan Taliban dan pasukan keselamata­n terlibat dalam pertempura­n sengit semalam, selepas Kabul berjanji bandar tersebut berada di bawah kawalan kerajaan.

Seorang wartawan AFP di kawasan itu menyatakan para pejuang Taliban berkeliara­n di bandar tersebut, membakar pejabat kerajaan dan mengawal beberapa pos pemeriksaa­n polis, tatkala pasukan bantuan yang dikerahkan dari Kabul perlahan- lahan memasuki bandar tersebut bagi menghadapi pengganas.

Penduduk berlindung di dalam rumah atau cuba untuk melarikan diri, menurut penduduk dan pihak berkuasa.

“Situasi adalah tegang,” Amanullah Kamrani, timbalan ketua majlis wilayah Ghazni, memberitah­u dari Kabul.

“Di Ghazni, hanya ibu pejabat polis, pejabat gabenor dan beberapa jabatan berada di bawah kawalan pasukan tentera Afghan, yang lain pula berada di bawah kawalan pejuang Taliban,” tambah beliau.

P e n d u d u k G h a z n i Rahmatulla­h Andar menyebut keadaan yang sama dalam temu bual dengan badan penyiaran Tolonews, menyatakan pertempura­n berterusan di sebahagian besar bandar ini dan daerah berhampira­n.

“Tiada kuasa yang mencukupi bagi menghalang pejuang Taliban.

“Kami tidak menyaksika­n serangan berskala besar oleh pihak Yaliban sebelum ini,” menurut Andar.

Perkhidmat­an telefon bimbit di bandar itu masih tidak berfungsi selepas pihak militan merosakkan sebuah menara telekomuni­kasi dan menyasarka­n beberapa buah pejabat media di Ghazni, menjadikan maklumat sukar untuk disahkan.

Penjelasan bertentang­an dengan kenyataan pihak Afghan dan pegawai AS kelmarin, yang menyatakan pasukan tentera kerajaan telah mengawal sepenuhnny­a bandar itu dan berjanji Ghazni tidak berada dalam bahaya akan dirampas Taliban.

Ghazni, kira-kira dua jam berkendera­an dari bandar utama Kabul, semakin tegang sejak pejuang Taliban berkumpul selama beberapa bulan dengan laporan mencadangk­an pengganas telah menawan bandar itu.

Kenyataan itu adalah cubaan terbaharu pihak Taliban untuk menawan sebuah pusat bandar dan muncul ketika tekanan bertambah terhadap pengganas untuk memulakan rundingan damai dengan pihak kerajaan bagi menamatkan peperangan hampir 17 tahun.

Serangan adalah operasi taktikal terbesar dilancarka­n Taliban sejak perjanjian yang tidak dirancang pada Jun menyaksika­n pertempura­n di antara pasukan keselamata­n dan Taliban terhenti sementara, memberikan sedikit kelegaan kepada penduduk Afghan yang sudah muak dengan peperangan. — AFP

 ?? — Gambar AFP ?? TERUS TEGANG: Asap berkepul di udara selepas militan Taliban melancarka­n serangan ke atas pusat kerajaan di Ghazni, Jumaat lalu.
— Gambar AFP TERUS TEGANG: Asap berkepul di udara selepas militan Taliban melancarka­n serangan ke atas pusat kerajaan di Ghazni, Jumaat lalu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia