Utusan Borneo (Sarawak)

Lapan korban dalam nahas pesawat di Indonesia

-

JAKARTA: Seorang budak lelaki berusia 12 tahun merupakan satusatuny­a mangsa terselamat dalam nahas pesawat yang mengorbank­an lapan orang di kawasan pergununga­n timur Indonesia, menurut pihak berkuasa semalam.

Pesawat Pilatus buatan Swiss itu terputus hubungan dengan pihak kawalan trafik udara kelmarin dalam penerbanga­n selama kira-kira 40 minit di wilayah terpencil Papua.

Bangkai pesawat itu ditemui dalam pergununga­n berhutan tebal di daerah kecil Oksibil pagi semalam.

“Lapan ditemui mati dan seorang didapati masih hidup,” kata jurucakap tentera Papua Leftenan Kolonel Dax Sianturi.

“Buat masa sekarang punca nahas masih belum disahkan,” beliau memberitah­u sambil menambah bahawa satu siasatan akan dijalankan jawatankua­sa keselamata­n pengangkut­an negara.

Pesawat tersebut yang dimiliki syarikat sewaan swasta Dimonim Air, membawa tujuh penumpang dan dua kru.

Sebelum kemalangan, penduduk kampung di Okatem melaporkan mendengar satu bunyi yang kuat diiikuti satu letupan.

Pasukan mencari dan menyelamat berjalan selama dua jam untuk sampai ke kawasan nahas dan masih mencari mayat sehingga lewat pagi.

Indonesia bergantung sepenuhnya kepada pengangkut­an udara bagi menghubung­kan ribuan pulau namun mempunyai rekod keselamata­n penerbanga­n yang teruk dan mengalami beberapa nahas maut sejak beberapa tahun ini.

Papua adalah sebuah kawasan yang agak sukar untuk dijangkau.

Lima maut selepas sebuah pesawat kecil terhempas berhampira­n Wamena di wilayah Papua pada Julai tahun lepas.

Pada Ogos 2015, sebuah pesawat penumpang komersial dimiliki syarikat penerbanga­n Indonesia Trigana terhempas di Papua akibat cuaca buruk, mengorbank­an kesemua 54 orang di dalamnya. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia