Utusan Borneo (Sarawak)

Pasaran getah dijangka meningkat, kata peniaga

-

KUALA LUMPUR: Pasaran getah Malaysia dijangka menyaksika­n dagangan lebih tinggi minggu ini seiring dengan jangkaan peningkata­n pasaran hadapan getah serantau, kata seorang peniaga.

Harga komoditi itu juga berkemungk­inan dipacu oleh prestasi aliran harga minyak mentah serta ringgit yang diunjur terus susut, katanya.

“Berita baik dari Thailand juga akan memberi rangsangan kepada pasaran getah tempatan pada minggu depan (minggu ini).

“Kerajaan Thailand akan membayar kepada pekebun untuk menghentik­an kegiatan penanaman getah dalam usaha menaikkan harganya. Momentum positif sedemikian akan turut memberi limpahan kepada pasaran tempatan,” katanya.

Namun, pertikaian perdaganga­n yang berlanjuta­n antara Amerika Syarikat dan China akan memberi kesan negatif terhadap pasaran getah.

Bagi minggu yang baharu berakhir ini, harga getah kebanyakan­nya tinggi, didorong oleh faktor luaran termasuk prestasi pasaran serantau serta pergerakan harga minyak mentah dan ringgit.

Bagi asas perbanding­an Jumaat ke Jumaat, harga tengah hari Lembaga Getah Malaysia bagi gred tayar SMR 20 meningkat 16.5 sen kepada 545.5 sen sekilogram manakala susu getah pukal kekal pada 408.0 sen sekilogram.

Harga penutup tidak rasmi pada jam 5 petang bagi SMR 20 naik 11.5 sen kepada 542 sen sekilogram manakala susu getah pukal pula kekal pada paras minggu lepas iaitu pada 409.0 sen sekilogram. — Bernama KUALA LUMPUR: Bursa Malaysia dijangka diniagakan tinggi minggu ini selepas mencatat peningkata­n sejak lima minggu berturuttu­rut berikutan belian asing yang berterusan.

Ketua Penyelidik­an InterPacif­ic Securities Sdn Bhd Pong Teng Siew menjangka pelabur asing kekal menjadi pembeli bersih dalam pasaran ekuiti tempatan untuk tempoh terdekat sebulan atau lebih, dan terus mendorong indeks utama meningkat.

“Oleh itu, petunjuk pasaran FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) dijangka diniagakan antara 1,823 dan 1,890 mata minggu depan (minggu ini) berikutan pembelian berterusan daripada pelabur asing,” katanya kepada Bernama.

Pong melihat aliran masuk asing sebagai kitaran, terutamany­a selepas pelabur antarabang­sa melabur hampir RM12 bilion nilai ekuiti tempatan pada awal Mei lepas.

“Saya melihat ini sebagai tempoh peralihan berikutan dana asing menjadi pembeli bersih secara konsisten di Bursa Malaysia sejak tiga minggu lepas,” katanya.

Ditanya bagaimana pembaharua­n fiskal 100 hari pertama kerajaan Pakatan Harapan (PH) akan mempengaru­hi pasaran tempatan terutamany­a dengan tarikh akhir 17 Ogos yang semakin hampir, Pong berkata beliau tidak melihat sebarang impak kepada bursa tempatan pada masa ini.

“Saya tidak fikir manifesto 100 hari PH akan memacu pasaran tempatan buat masa ini, melainkan keputusan politik seperti pembatalan projek infrastruk­tur atau pembinaan tertentu dibuat, seperti yang berlaku sebelum ini, hanya itu kita dapat melihat impaknya kepada saham yang berkaitan.

“Bagaimanap­un, ( keadaan) itu sudah berakhir,” katanya.

Bagi minggu baharu berakhir, Bursa Malaysia diniagakan kebanyakan­nya tinggi antara 1,777.78 dan 1,812.69, disokong oleh belian asing yang berterusan, tetapi dihadkan oleh aktiviti pengambila­n untung pada Jumaat.

Indeks petunjuk pasaran melepasi paras psikologi 1,800 untuk ditutup pada paras tertinggi harian pada 1,804.73 mata pada Rabu dengan dana asing membeli saham tempatan bernilai RM229.6 juta, menjadikan­nya aliran masuk terbesar dalam sehari pada bulan ini.

Bagi asas Jumaat kepada Jumaat, petunjuk pasaran FTSE Bursa Malaysia KLCI naik 25.66 mata kepada 1,805.75 daripada 1,708.09 sebelum ini.

Indeks FBM Emas meningkat 170.01 mata kepada 12,770.49 dan Indeks FBMT100 menambah 159.19 mata kepada 12,546.84.

FBM 70 menokok 126.41 mata kepada 15,588.78, FBM Ace naik 103.36 mata kepada 5,549.40 dan Indeks FBM Emas Shariah melonjak 204.42 mata kepada 12,948.88.

Mengikut sektor, Indeks Kewangan menokok 135.72 mata kepada 17,576.18, Indeks Perladanga­n meningkat 89.44 mata kepada 7,712.83, bagaimanap­un Indeks Pe- rusahaan susut 6.77 mata kepada 3,269.35.

Jumlah dagangan mingguan naik kepada 11.93 bilion unit bernilai RM11.07 bilion daripada 11.17 bilion unit bernilai RM10.70 bilion sebelum ini.

Jumlah dagangan Pasaran Utama meningkat kepada 7.52 bilion saham bernilai RM9.99 bilion daripada 6.65 bilion saham bernilai RM9.68 bilion.

Jumlah dagangan waran, bagaimanap­un, merosot kepada 2.10 bilion unit bernilai RM509.46 juta daripada 2.20 bilion unit bernilai RM584.34 juta.

Jumlah dagangan Pasaran ACE susut kepada 2.29 bilion saham bernilai RM573.79 juta daripada 2.31 bilion saham bernilai RM428.57 juta. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia