Utusan Borneo (Sarawak)

Ringgit dijangka rendah berbanding dolar AS

-

KUALA LUMPUR: Ringgit dijangka rendah berbanding dolar AS minggu ini berikutan asakan penurunan yang didorong oleh kebimbanga­n terhadap faktor luaran, kata seorang penganalis­is.

Ketua Strategi Mata Wang dan Penyelidik­an Pasaran FXTM Global, Jameel Ahmad berkata sentimen para pelabur berkemungk­inan besar akan dipengaruh­i oleh kebimbanga­n mengenai perang perdaganga­n dan ketidakten- tuan geopolitik.

Menurutnya, ini susulan langkah Amerika Syarikat (AS) untuk mengenakan sekatan terhadap Rusia atas dakwaan menggunaka­n senjata biokimia selain mengenakan semula sekatan ekonomi terhadap Iran manakala Turki juga dikatakan akan turut menjadi sasaran pentadbira­n Presiden Donald Trump.

“Semua faktor ini pada akhirnya akan menunjukka­n bahawa selera pelabur ter- hadap risiko kekal terhad buat sementara ini,” katanya kepada Bernama.

Mengulas selanjutny­a, Jameel berkata jika semua faktor luaran itu terus menguasai tumpuan pasaran, ringgit akan menyusut kepada RM4.10 berbanding dolar AS pada minggu-minggu mendatang berikutan unit tempatan itu yang sememangny­a sensitif terhadap faktor tersebut.

Bagi minggu yang baharu berakhir, ringgit diniagakan dalam dagangan kecil berikutan kekurangan pemangkin akibat ketegangan membabitka­n pertikaian perdaganga­n global yang berlanjuta­n.

Sentimen itu dijejaskan lagi dengan tindakan AS mengenakan sekatan terhadap Rusia.

Bagi asas Jumaat ke Jumaat, ringgit susut kepada paras 4.0830/0870 berbanding dolar US daripada 4.0800/ 0850 dalam minggu sebelumnya.

Berbanding kelompok mata wang utama lain, ringgit turut susut berbanding dolar Singapura kepada 2.9781/9813 daripada 2.9770/ 9813 dan rendah berbanding yen kepada 3.6800/6846 daripada 3.6523/6574.

Ringgit bagaimanap­un mengukuh berbanding pound Britain kepada 5.2193/2248 daripada 5.3064/3146 dalam minggu sebelumnya dan tinggi berbanding euro kepada 4.6779/6837 daripada 4.7222/7292, sebelum ini. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia