Utusan Borneo (Sarawak)

Niaga hadapan MSM diniagakan tinggi minggu ini

-

KUALA LUMPUR: Kontrak niaga hadapan minyak sawit mentah ( MSM) di Bursa Malaysia Derivatif dijangka diniagakan tinggi minggu ini berikutan momentum belian yang positif susulan jumlah eksport yang tinggi diumumkan oleh Lembaga Minyak Sawit Malaysia ( MPOB), Jumaat.

Menurut MPOB, eksport minyak sawit naik 6.75 peratus kepada 1.205 juta tan pada Julai 2018 berbanding 1.129 juta tan pada Jun.

Bagi tempoh 10 hari pertama bulan Ogos, eksport produk minyak sawit Malaysia meningkat 7.4 peratus kepada 298,610 tan berbanding 278,048 tan pada 1- 10 Julai, menurut syarikat pemeriksaa­n AmSpec Agri Malaysia.

“Berita itu dijangka memacu pasaran, diharap untuk minggu depan (minggu ini) dan seterusnya. Selain itu, kami turut menjangka penyusutan ringgit akan menyokong harga MSM,” katanya kepada Bernama.

Bagaimanap­un, beliau tidak menolak kemungkina­n penurunan harga MSM disebabkan ketegangan perdaganga­n yang meningkat antara AS dan China.

Pasaran MSM diniagakan kebanyakan­nya tinggi minggu sebelumnya, disokong oleh ringgit yang lemah dan harga minyak mentah yang kukuh.

Bagi asas Jumaat kepada Jumaat, Ogos 2018 naik RM36 kepada RM2,206 satu tan, September 2018 meningkat RM47 kepada RM2,225, Oktober 2018 menambah RM46 kepada RM2,242, dan November 2018 menokok RM51 kepada RM2,275 satu tan.

Jumlah dagangan mingguan meningkat kepada 267,723 lot daripada 204,191 lot minggu sebelumnya, manakala kepentinga­n terbuka menambah kepada 290,355 kontrak daripada 252,074 kontrak.

Di pasaran fizikal, Ogos Selatan pada RM2,220 satu tan, naik RM30 daripada RM2,190 satu tan minggu sebelumnya. — Bernama KUALA LUMPUR: Kontrak hadapan tiga bulan Kadar Tawaran Antara Bank Kuala Lumpur di Bursa Malaysia Derivatif dijangka kekal lengang pada minggu ini berikutan kekurangan minat belian.

Pasaran itu tidak diniagakan sepanjang minggu yang baharu berakhir dengan kepentinga­n terbuka dan jumlah dagangan kekal sifar.

Bagi asas Jumaat ke Jumaat, harga penyelesai­an untuk kontrak Ogos 2018, Septem- ber 2018, Oktober 2018 dan Disember 2018 kesemuanya ditambat pada 96.27.

Asas tiga bulan KLIBOR pula tidak berubah daripada 3.69 peratus yang dicatat pada minggu sebelumnya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia