Utusan Borneo (Sarawak)

Pengasas lada Nang Ori sasar lebih banyak pasar raya besar

Permintaan pasaran terhadap lada hitam Sarawak kian meningkat

- Oleh Henrietta Liza

KUCHING: Pengasas Produk Lada Sarawak Nang Ori, Awaeang Kwasin menyasarka­n penjualan keluaran untuk memasuki pasaran pasar raya Giant, Tesco, Hero, Aeon Big dan pasar raya besar lain pada tahun ini.

Beliau sebelum ini berjaya mendapat peluang yang hampir sama dengan pihak pasar raya besar Aeon Jusco dan Mydin seluruh negara bagi memasarkan produk lada hitam keluaran syarikatny­a itu.

“Pihak MIED telah membuka peluang kepada Nang Ori untuk menyertai program perdaganga­n antarabang­sa di bawah MITEC dan MATRADE yang bakal berlangsun­g pada minggu depan di Seoul, Korea bagi program Expo Halal Korea 2018.

“Sementara itu saya turut diajak pada 15 September untuk ke Nanjing, China bagi program China Asian Expo (CAEPO),” katanya ketika berucap pada Majlis Pelancaran Produk Nang Ori bersempena dengan Bidayuh Cultural Carnival 2018 Sabtu lalu.

Terdahulu, beliau telah mendapat bantuan sewaan bangunan serta latihan di Kota Samarahan bagi menampung permintaan pasaran yang kian meningkat.

Beliau yang lebih senang dikenali sebagai Puan Awin merupakan wanita pertama berbangsa Bidayuh dari Padawan mendapat lesen sebagai pemborong, pembekal dan pengekspor­t lada Sarawak di bawah Lembaga Lada Sarawak.

Keluaran Nang Ori bukan sahaja tertumpu kepada produk berasaskan lada Sarawak tetapi juga produkprod­uk terbaik keluaran tradisi masyarakat Borneo di sini.

Hasil perkongsia­n beliau, idea tercetus apabila seorang kenalan rapat yang juga merupakan Penolong Ketua Pengarah MITI pada 2016, Rita Mering mencabar beliau untuk menghasilk­an lada hitam keluaran sendiri.

Awin yang berasal daripada keluarga menanam lada sejak turun- temurun mengambil inisiatif untuk mendap- atkan nasihat dan tunjuk ajar daripada pihak KPDNKK bagaimana untuk memulakan produk yang boleh dipasarkan secara komersial.

“Pada kursus pertama, saya membawa sebotol lada namun saya sorokkan di dalam beg kerana segan.

“Namun hasil daripadany­a, saya perolehi cara untuk melakukan penjenamaa­n, pengiraan kos, pemasaran, menaik taraf produk,” katanya lagi.

Hari ini, banyak kemudahan yang disediakan kerajaan bagi membantu golongan Bumiputera untuk menceburi bidang perniagaan antaranya menerusi Program Geran Bersama ( BAP) di bawah SME Corp Sarawak, MOA, MARA dan SEDC.

Pihaknya akan membantu Pengusaha Kecil dan Sederhana (PKS) dalam meningkatk­an kapasiti pengeluara­n dengan bantuan mesin dan modal perniagaan.

Pada masa sama beliau turut melantik stokis dan ejen untuk memperkena­lkan produk Minyak Urut Lada Hitam Sarawak keluaran Nang Ori.

Majlis telah dirasmikan oleh Menteri Pendidikan, Sains dan Teknologi Dato Sri Michael Manyin Jawong, Ahli Parlimen Puncak Borneo Willie Mongin disertai Presiden Persatuan Kebangsaan Dayak Bidayuh ( DBNA) Datu Ik Pahon Joyik.

 ??  ?? DILANCAR: Manyin (enam kiri), Ik Pahon (lima kiri), Awin (tujuh kiri) dan Willie (tiga kanan) pada Majlis Perlancara­n Produk Nang Ori bersama stokis dan ejennya di DBNA kelmarin.
DILANCAR: Manyin (enam kiri), Ik Pahon (lima kiri), Awin (tujuh kiri) dan Willie (tiga kanan) pada Majlis Perlancara­n Produk Nang Ori bersama stokis dan ejennya di DBNA kelmarin.
 ??  ?? ASLI: Awin (tengah) bersama barisan produk Nang Ori miliknya.
ASLI: Awin (tengah) bersama barisan produk Nang Ori miliknya.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia