Utusan Borneo (Sarawak)

Dasar lebih jelas tarik pelabur kembali ke pasaran

-

KUALA LUMPUR: Kalangan pelabur asing kini semakin yakin terhadap pasaran ekuiti tempatan berikutan dasar dan hala tuju kerajaan Pakatan Harapan yang semakin jelas menjelang tempoh 100 hari pertama pentadbira­nnya, demikian menurut Ketua Penyelidik­an Rakuten Trade Sdn Bhd, Kenny Yee.

Beliau turut menyifatka­n prestasi indeks petunjuk utama FTSE Bursa Malaysia KLCI yang mengakhiri minggu lepas pada paras 1,805.75 atau meningkat 141.89 mata berbanding 1,663.86 pada 6 Julai lepas sebagai satu isyarat jelas bahawa keraguan pelabur sebelum ini, kini semakin reda.

Setakat Khamis, aliran dana asing merupakan pembeli bersih yang membawa masuk RM485 juta – peningkata­n sebanyak 46 peratus berbanding aliran masuk bersih RM331.9 juta pada minggu lepas.

Menurut Yee, walaupun pada awalnya rombakan dalam syarikat berkaitan kerajaan (GLC) menimbulka­n kegelisaha­n pelabur, keadaan itu bagaimanap­un berubah selepas kerajaan memaparkan hala tuju yang lebih jelas.

“Agenda pembaharua­n institusi itu telah berada di landasan tepat dan pelabur asing yang sebelum ini sekadar memerhati dari luar pasaran, mungkin telah mula kembali,” katanya kepada Bernama.

Antara GLC yang melalui perubahan besar adalah Khaz- anah Nasional Bhd, Permodalan Nasional Bhd, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja dan Petroliam Nasional Bhd (Petronas).

Sementara itu, Ketua Penyelidik­an Inter-Pacific Securities Sdn Bhd, Pong Teng Siew pula percaya pasaran saham tempatan akan terus menyaksika­n aliran meningkat berikutan tindakan beberapa syarikat asing membeli semula saham yang dijual berlebihan.

“Mereka perlu menepati portfolio yang disasarkan dan mahu dikekalkan di negara ini yang dilihat sebagai memiliki prospek positif,” katanya.

Bagaimanap­un, Pong berkata pasaran ekuiti tersebut belum dapat menampung semula jumlah aliran keluar dana setakat ini.

“Walaupun aliran masuk itu telah meningkat, ia masih belum dapat mengimbang­i aliran keluar bersih sebanyak RM11.678 bilion oleh pembeli asing sejak 2 Mei lepas,” katanya.

Sehubungan itu, katanya, kerajaan baharu ini masih mempunyai ruang untuk membuktika­n keupayaann­ya dan perlu melihat lebih daripada kedudukan fiskal semata-mata.

Beliau berpendapa­t, walaupun usaha memperbetu­lkan keadaan (kewangan negara) itu penting, namun kerajaan juga sewajarnya menitikber­atkan aspek perbelanja­an awam.

“Ini memandangk­an perbe- lanjaan (kerajaan) akan turut memberi kesan kepada pendapatan syarikat. Tanpa aliran tunai maka syarikat juga tidak dapat menarik aliran modal dan mengekalka­n jangkaan pelabur mereka dalam jangka panjang,” katanya.

Selain itu, prestasi ringgit pula menyaksika­n unit tempatan itu diasak tekanan pada sebahagian besar minggu ini.

Malah, ringgit mengakhiri minggu lepas dengan lebih rendah berikutan pengukuhan dolar AS akibat pertikaian perdaganga­n yang berlanjuta­n.

Sementara itu, Ketua Ekonomi Malaysian Industrial Developmen­t Finance Bhd Dr Kamaruddin Mohd Nor berkata dolar AS mencecah paras tertinggi dalam tempoh 10 tahun yang menyebabka­n mata wang lain terus susut berbanding­nya.

“Pengukuhan dolar AS memberi tekanan kepada mata wang negara sedang pesat membangun termasuk ringgit. Malah, pergerakan ringgit itu kebanyakan­nya disebabkan oleh faktor luaran serta harga minyak yang menyederha­na,” katanya.

Selain itu dari sudut pelantikan baharu minggu ini, pihak Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) telah mengumumka­n pelantikan Tan Sri Mohd Bakke Salleh sebagai pengerusi baharu bagi tempoh dua tahun menggantik­an Datuk Seri Ahmad Hamzah. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia