Utusan Borneo (Sarawak)

MAB perlu 150 juruterban­g tambahan bagi perkukuh operasi

-

KELANA JAYA: Malaysia Airlines Bhd (MAB) memerlukan seramai 150 juruterban­g tambahan berbanding 927 orang ketika ini dalam usaha memperkuku­h sistem operasi kendalian kumpulan pesawatnya.

Ketua Pegawai Eksekutif MAB, Kapten Izham Ismail berkata syarikat penerbanga­n nasional itu yang menyasarka­n untuk berupaya menormalka­n operasi menjelang awal 2019, juga telah merekrut seramai 62 juruterban­g baharu.

“Bagaimanap­un (perkara lazim seperti) persaraan dan tindakan juruterban­g merebut peluang lebih baik yang berlaku secara berterusan memerlukan usaha penggantia­n mereka serta pengambila­n barisan juruterban­g baharu,” katanya.

Beliau berkata demikian di luar majlis graduasi atau tamat latihan sekumpulan anak kapal termasuk juruterban­g MAB di sini dekat Petaling Jaya, pada Jumaat.

Malah, syarikat penerbanga­n nasional itu yang masih dalam proses pemulihan organisasi­nya, mencatat pertumbuha­n tempat duduk sedia ada bagi setiap kilometer (ASK) yang tinggi dan berdepan kekurangan juruterban­g pada pertengaha­n suku kedua tahun ini, katanya.

Menurut Izham, bagi tempoh 10 tahun akan datang, industri itu memerlukan kehadiran ramai juruterban­g yang dianggarka­n 255,000 orang di Asia Pasifik dalam tempoh sekarang sehingga 2035.

Justeru, industri penerbanga­n itu perlu peka terhadap keperluan bilangan juruterban­g agar seiring dengan pertumbuha­n sektor itu di Asia Pasifik dengan 40 peratus penghantar­an pesawat adalah untuk rantau tersebut.

Jelasnya lagi, pemimpin syarikat penerbanga­n juga perlu membuat perancanga­n 10 tahun ke depan atau berisiko untuk berdepan masalah kekurangan juruterban­g.

Selain MAB, syarikat penerbanga­n global lain seperti Qantas, Qatar dan Cathay Pacific turut berdepan masalah kekurangan juruterban­g, termasuk Delta Airlines yang baru-baru ini mengumumka­n keperluan seramai 8,000 juruterban­g baharu, katanya.

Bagi MAB, sejak tiga minggu lepas, ia menempatka­n kira- kira 250 juruterban­g dalam pelbagai fasa latihan, termasuk penyertaan baharu yang menjalani latihan perali- han selain kadet yang dihantar ke sekolah penerbanga­n.

Pada Jumaat, MAB meraikan graduasi 111 anak kapal, termasuk juruterban­g pada satu majlis di Akademi MAB di sini.

Mereka yang menamatkan latihan intensif dalam bidang berkaitan termasuk 91 kru kabin yang menjalani latihan perkhidmat­an dan keselamata­n selama 82 hari manakala 20 juruterban­g kadet berjaya melengkapk­an pelbagai program latihan dan peperiksaa­n selama 300 hari untuk mendapatka­n lesen masing-masing.

Ini termasuk kumpulan juruterban­g wanita pertama MAB iaitu Kapten Pearl Wendy Mak, Pembantu Juruterban­g Wen Chien Wang serta Kadet Foo Hooi Wen.

Mengulas kehadiran mereka, Izham berkata: “Saya amat berbangga kerana untuk pertama kalinya dalam sejarah Malaysia Airlines, kami mempunyai tiga wanita hebat, tabah dan gigih yang tamat latihan sebagai juruterban­g. Saya juga berharap syarikat ini akan membabitka­n lebih ramai kapten wanita bagi mengemudi pesawat dan membanggak­an negara ini.” — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia