Utusan Borneo (Sarawak)

Kereta mangsa bertembung dengan lori di laluan bertentang­an

-

KUDAT: Tiga beranak rentung apabila kereta dinaiki mereka terbakar selepas bertembung dengan sebuah lori dalam kemalangan di Km39, Jalan Kudat- Kota Kinabalu, berhampira­n Kampung Hobut, di sini, malam kelmarin.

Ketua Polis Daerah Kudat Supt Douglas Nyeging Taong berkata tiga beranak itu dikenal pasti Sagandal Soborong, 59, isterinya Talina Gunsidat, 59, dan anak perempuan mereka Racy, 19, yang berasal dari Kampung Tambuluran, di sini.

Beliau berkata ketika kejadian keluarga itu dalam perjalanan pulang selepas menghadiri majlis perkahwina­n di Matunggong dan mayat dihantar ke Hospital Kudat untuk bedah siasat.

“Dalam kejadian 8.27 malam itu, kereta mangsa jenis Proton Saga dipercayai hilang kawalan lalu memasuki laluan bertentang­an dan bertembung dengan lori dari arah Kudat menuju ke Kota Kinabalu.

“Tempat kejadian merupakan puncak bukit, keadaan jalan raya dari kedua- dua arah Kudat-Kota Kinabalu lurus berturap (tetapi) kawasan jalan gelap dan tidak berlampu,” katanya dalam kenyataan kepada Bernama, semalam.

Douglas berkata pemandu lori berusia 33 tahun mengalami kecederaan dan dihantar ke hospital sama untuk rawatan.

Beliau turut menasihatk­an orang ramai supaya berhatihat­i ketika memandu pada waktu malam terutama di kawasan yang tidak mempunyai lampu jalan.

Sementara itu, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Sabah dalam kenyataan berkata pihaknya menerima panggilan berhubung kemalangan kereta dan lori muatan sawit itu pada kira-kira jam 8.26 malam.

Sebanyak 10 anggota Balai Bomba dan Penyelamat Kudat bergegas ke lokasi kejadian bersama sebuah jentera dan ambulans EMRS dan turut dibantu Pasukan Bomba Sukarela Pinawantai dan Kampung Air bagi memadamkan kenderaan terbakar. Operasi tamat pada jam 10.46 malam. — Bernama

 ??  ?? PALING MENONJOL: Rizalman menunjukka­n simbol bagus di sisi karyanya yang bertajuk ‘Pamandanga­n Ma Umarai’.
PALING MENONJOL: Rizalman menunjukka­n simbol bagus di sisi karyanya yang bertajuk ‘Pamandanga­n Ma Umarai’.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia