Utusan Borneo (Sarawak)

Karya ‘Pamandanga­n Ma Umarai’ paling menonjol

-

TAWAU: Karya ‘ Pamandanga­n Ma Umarai’ ( pemandanga­n suasana pulau) milik seorang pelajar sekolah menengah berusia 17 tahun disifatkan paling menonjol dalam penyertaan Karya Pilihan Tahunan Negeri Sabah (KPTNS) Peringkat Bahagian Tawau 2018.

Pengkaryan­ya, Rizalman Mohd Yakin dari SMK Bugaya II mendapat inspirasi daripada suasana di Semporna yang kaya dengan pulau dan melukis karyanya berasaskan warna air.

Pengurus Balai Seni Luki Sabah Jennifer F Linggi berkata, karya warna air Rizalman yang bertanding dalam Kategori B (menengah atas) layak memasuki Kategori C (terbuka).

“Saya teruja kerana kita mempunyai bakat seni lukis pada usia muda seperti Rizalman,” katanya, semasa ditemui sempena Majlis Penyampaia­n Hadiah KPTNS Peringkat Bahagian Tawau di sini pada Khamis.

Jennifer menyifatka­n karya Rizalman sebagai matang dan mampu bersaing di peringkat tinggi, malah mungkin menjadi pencabar utama Kategori B KPTNS Peringkat Negeri.

Menyentuh penyertaan KPTNS kali ke-33 tahun ini, pihaknya menjangkak­an se- banyak 500 penyertaan akan diterima di seluruh negeri berbanding lebih 600, tahun sebelumnya.

“Kita berharap pada masa akan datang, lebih ramai pengkarya atau artis seni di seluruh negeri yang dapat mengambil bahagian, khususnya dalam kategori terbuka,” katanya.

Dalam perkembang­an berkaitan, sebanyak 73 penyertaan karya dari Bahagian Tawau diterima yang disifatkan di luar jangkaan dan berkualiti tinggi setanding Kota Kinabalu.

KPTNS Peringkat Bahagian Tawau pada kali ini juga menyaksika­n seramai empat pelajar Sekolah Tinggi Cina Sabah (SCHS) Tawau menguasai Kategori A (menengah rendah).

Antaranya, Chen Wan Kie (Melawat Ke Sabah), Chee Ying Xuan (By The Sea of Borneo Family Day), Kee Yung Ken ( Panorama Di Labuk Bay Proboscis Monkey Sanctuary, Sandakan) dan Pang Ee Xin (Happily Playing In The Water Stream).

Pemenang lain dalam Kategori A juga, Desmond Koh Shan Ming, pelajar dari Sekolah Menengah Visi, Bandar Sri Indah ( SMV) dengan karyanya bertajuk Beyond The Sunset.

Dua lagi pelajar SCHS, Chua Vui Kent (Land Below Wind) dan Yanny Lim Yuan (Perkampung­an Nelayan di Kala Senja) pula antara pemenang untuk Kategori B.

Selain Rizalman, Chua dan Yanny, dua lagi pemenang serupa melibatkan pelajar SMV, Monica Fung (Semporna’s Paradise) dan Adrianna Chin Kay Yii (You, Me and The Sea).

Kategori C pula diungguli oleh pengkarya-pengkarya seperti Azman Emang dari Kampung Titingan (Sabah di Mata Dunia), Hassanal Masun - Jalan City (Alam di Bawah Bayu).

Begitu juga, Han Gee Guan @ Han Bine - Taman Hot Spring Jaya (Keindahan Lembah Sungai Segama), Terrysia Thadeus - SMV (Kundasang Kaki Kinabalu) dan Siau Yee Tien - Jalan Melati (Cherzsh).

Timbalan Presiden Majlis Perbandara­n Tawau Aftar Nurajat menyempurn­akan acara perasmian dan penyampaia­n hadiah kepada 15 pemenang yang layak ke peringkat negeri mewakili bahagian Tawau.

Setakat ini, KPTNS sudah diadakan di Sandakan, Kuala Penyu dan Tawau, serta akan diteruskan ke Tenom (Pedalaman Atas), Kota Belud (Pantai Barat Utara) dan Kota Kinabalu (Pantai Barat Selatan).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia