Utusan Borneo (Sarawak)

Lapangan terbang Long Pasia perlu beroperasi semula: Dr Yusof

-

SIPITANG: Lapangan Terbang Long Pasia di sini yang ditutup sejak sekian lama perlu beroperasi semula bagi membantu meningkatk­an permintaan produk pelanconga­n di Long Pasia, kata Menteri Pelajaran dan Inovasi Sabah Datuk Dr Yusof Yacob.

“Walaupun penerbanga­n itu mungkin tidak berjadual tetapi boleh melalui sewaan bagi memenuhi permintaan kerana Long Pasia kini sudah berubah wajah. Kawasan sudah sedia ada cuma hanya perlu diperbaiki. Dulu ada penerbanga­n seminggu sekali menggunaka­n pesawat jenis Twin Otter,” katanya kepada Bernama.

Cadangan itu telah disuarakan kepada pihak Malaysia Airports Holdings Berhad ( MAHB) dan diharapkan akan mendapat maklum balas yang positif, kata Yusof, yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri Sindumin, pada hari terakhir lawatan kerjanya ke beberapa kawasan di Sipitang sejak Jumaat lepas.

Dalam lawatan kerja itu, beliau menghadiri majlis kesyukuran dan sesi dialog di Kampung Meligan, kirakira 90 kilometer dari pekan Sipitang, yang dihuni suku kaum Murut, Lundayeh dan Kadayan. selain melakukan tinjauan ke SK Meligan.

Semalam,beliaumeng­adakan dialog bersama masyarakat Kampung Long Pasia yang terletak kira-kira 115 kilometer dari pekan Sipitang dan hanya boleh dikunjungi menggunaka­n kenderaan pacuan empat roda dengan masa perjalanan lebih tiga jam.

Sementara itu, Pegawai Daerah Sipitang Matlin Dullah berkata lapangan terbang itu mula beroperasi pada tahun 70-an sebelum ditutup pada tahun 90-an.

Beliau berkata ketika itu laluan penerbanga­n dari Kota Kinabalu ke Long Pasia dan Long Pasia ke Lawas yang akan mengambil masa kirakira sejam perjalanan.

“Cadangan untuk membuka semula lapangan terbang itu sangat dialu-alukan kerana banyak produk pelanconga­n yang belum diterokai di Long Pasia yang sudah lama dikenali dalam peta pelanconga­n Sabah dan dunia,” katanya.

Seorang penduduk kampung Bungan Ukong, 49, turut melahirkan keterujaan jika kawasan itu bakal menjadi tumpuan lebih ramai pelancong.

Katanya dengan kedatangan pelancong, penduduk kampung boleh menjual hasil tanaman seperti beras, sayursayur­an dan ikan air tawar yang segar hasil dari Sungai Meligan.

“Ikan balian jarang ditemui di tempat lain tetapi di sini masih ada dan jika ada rezeki kami akan jual kepada orang berkunjung ke sini,” katanya. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? TINGKAT EKONOMI: Lapangan Terbang Long Pasia di sini yang ditutup sejak sekian lama perlu beroperasi semula bagi membantu meningkatk­an permintaan produk pelanconga­n di Long Pasia, kata Menteri Pelajaran dan Inovasi Sabah Datuk Dr Yusof Yacob.
— Gambar Bernama TINGKAT EKONOMI: Lapangan Terbang Long Pasia di sini yang ditutup sejak sekian lama perlu beroperasi semula bagi membantu meningkatk­an permintaan produk pelanconga­n di Long Pasia, kata Menteri Pelajaran dan Inovasi Sabah Datuk Dr Yusof Yacob.
 ?? — Gambar Bernama ?? BANJIR: Banjir kilat berlaku di kawasan kediaman penduduk di Kampung Rawa-Rawa.
— Gambar Bernama BANJIR: Banjir kilat berlaku di kawasan kediaman penduduk di Kampung Rawa-Rawa.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia