Utusan Borneo (Sarawak)

Bakal doktor, pakar anak jati digalak berkhidmat di Sabah

-

KUNAK: Bakal doktor dan pakar perubatan anak jati Sabah digalakkan berkhidmat di negeri kelahiran berikutan keperluan mendesak perkhidmat­an doktor di hospital seluruh Sabah, kata Menteri Kesihatan dan Kesejahter­aan Rakyat negeri Stephen Wong Tien Fatt.

Beliau berkata itu antara usaha bagi mengatasi kekurangan doktor pakar di Sabah yang sekali gus dapat mengurangk­an jurang tinggi nisbah doktor dan pesakit.

“Bakal doktor dan doktor pakar Sabahan boleh berkhidmat di Sabah, selain kawan-kawan (doktor) dari Semenanjun­g Malaysia berkhidmat di sini,” katanya kepada pemberita selepas melakukan lawatan kerja ke Hospital Kunak di sini, semalam.

Beliau mengulas isu kekerapan lawatan doktor pakar ke hospital luar bandar khususnya di Kunak yang hanya sebulan sekali.

Dalam pada itu, Wong mahu Kementeria­n Kesihatan persekutua­n memberi keutamaan untuk melatih pegawai perubatan dari Sabah sebagai langkah ke arah meningkatk­an kualiti perkhidmat­an kesihatan hospital di negeri ini.

Dalam pada itu, beliau ber- kata tunggakan bil warga asing di hospital di Sabah perlu ditangani secara seimbang tanpa menjejaska­n kualiti rawatan terhadap pesakit

Wong berkata antara langkah awal bagi mengatasi masalah bil tidak berbayar termasuk memastikan pesakit asing membayar dahulu separuh daripada anggaran jumlah kos rawatan.

“Sebagai hospital, ada etika iaitu perlu merawat pesakit tetapi ada pesakit yang tidak mampu, sebab itu kita (kementeria­n) masih mencari penyelesai­an komprehens­if dalam mengurangk­an bil tidak berbayar,” katanya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia