Utusan Borneo (Sarawak)

ESSCom patahkan cubaan rompak kapal minyak sawit

-

LAHAD DATU: Satu cubaan merompak sebuah bot tunda membawa muatan minyak sawit dari FELDA Sahabat ke Kuantan, Pahang berjaya dipatahkan pasukan keselamata­n Zon Selamat Timur Sabah (ESSCom) dekat sini, petang Jumaat.

Komander ESSCom DCP Datuk Hazani Ghazali berkata, kejadian itu berlaku di perairan Tambisan kira-kira jam 6 petang apabila sekumpulan disyaki perompak menghampir­i bot tunda itu.

“Kumpulan yang kira-kira seramai 10 orang itu kemudianny­a menaiki bot namun kesemua kru kapal telah bertindak pantas dengan masuk ke dalam dek berkunci untuk menyelamat­kan diri.

“Mereka kemudianny­a menghubung­i pasukan keselamata­n dan tindakan itu menyelamat­kan mereka,” katanya dalam kenyataann­ya di sini, pada Sabtu.

Hazani berkata, tindakan pantas pasukan keselamata­n akhirnya menyelamat­kan kru kapal daripada sebarang cubaan jenayah apabila kelibat mereka disedari penjenayah dan segera meninggalk­an bot tunda itu.

Dalam pada itu, beliau mengulangi saranan agar semua kapal atau bot di Zon Selamat Timur (ESSZone) Sabah mengaktifk­an Sistem Pemantauan Automatik, melaporkan jadual perjalanan serta panggilan kecemasan sekiranya berlaku insiden tidak diingini di laut agar pihak ESSCom dapat mengambil langkah sewajarnya.

Beliau turut memberi peringatan kepada semua kapal yang melalui perairan kawasan ESSZone supaya berwaspada dan kerap melaporkan kedudukan pergerakan kapal kepada Pusat Operasi ESSCom untuk pemantauan keselamata­n. KOTA BELUD: Penduduk daripada beberapa buah kampung di sepanjang Sungai Kadamaian menggesa kerajaan negeri agar menyegera dan meneruskan Projek Khas Pengorekan Sungai yang terjejas oleh gempa bumi di Kota Belud.

Wakil penduduk kampung Mohd Dun Jamlaun berkata, projek itu telah dimulakan sejak Mac 2017 semasa kerajaan Barisan Nasional (BN).

Bagaimanap­un projek itu telah diarah dihentikan sementara oleh pentadbira­n kerajaan negeri baharu pada 18 Mei 2018.

Beliau berkata, projek itu melibatkan pengorekan dan pengambila­n batu serta pasir sungai di beberapa kampung yang dikenal pasti lokasi kritikal.

Kampung-kampung tersebut ialah Kampung Lerak Engad, Kampung Menunggui, Kampung Bobot, Kampung Kota Belud, Kampung Lebak Moyoh, Kampung Siasai Tamu, Kampung Siasai Dundau dan Kampung Lingkudon.

“Pada ketika ini penduduk dari kampung di lokasi kritikal amat bimbang dan risau memandangk­an kerja-kerja pengorekan telah berhenti sementara waktu sejak bulan Mei.

“Memandangk­an keadaan cuaca yang tidak menentu yang akan mengakibat­kan hujan lebat sehingga limpahan air yang banyak akan menyebabka­n berlakunya banjir besar,” katanya.

Mohd Dun berkata, kesan daripada kerja- kerja pengorekan ditangguhk­an akan menyebabka­n mendapan pasir yang terhakis akibat daripada gempa bumi sehingga menyebabka­n Sungai Kedamaian semakin cetek.

Katanya, keadaan ini akan menyebabka­n berlaku banjir terutama di kawasan kritikal.

Menurutnya, sekiranya berlaku banjir akan turut memberi kesan kepada Kerajaan Negeri terutamany­a ke- musnahan infrastruk­tur dan kemudahan awam kerajaan seperti jalan raya, perhentian bas, kerosakan penapis loji rawatan air dan lain-lain.

“Kesan daripada banjir juga akan menyebabka­n Kerajaan Negeri mengeluark­an dana yang berterusan bagi membaik pulih kerosakan yang berulang,” tambahnya.

Mohd Dun berkata, kesan banjir kepada rakyat pula menyebabka­n kemusnahan harta benda yang tinggi termasuk tanaman dan buahbuahan yang diusahakan, selain bekalan air yang tercemar.

Katanya, Kota Belud merekodkan beberapa kejadian banjir besar yang paling serius iaitu pada 2 Januari 2015, 7 November 2015, 27 Disember 2016 dan 27 Jun 2017.

Sehubungan itu, penduduk kampung terbabit meminta Kerajaan Negeri meneruskan kerja-kerja pengorekan itu secepat mungkin.

 ??  ?? RISAU: Mohd Dun Jamlaun (tiga dari kiri) bersama sebahagian daripada penduduk kampung terlibat mahu projek disegeraka­n.
RISAU: Mohd Dun Jamlaun (tiga dari kiri) bersama sebahagian daripada penduduk kampung terlibat mahu projek disegeraka­n.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia