Utusan Borneo (Sarawak)

Ia mampu kurangkan bebanan hutang negara yang diwarisi daripada kerajaan terdahulu

- Oleh Borhaniza Ali Basah

SIBU: Setiausaha Angkatan Warisan Anak Sarawak ( AWAS) Junaidi Sambang menyokong tindakan Menteri Belia dan Sukan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman memansuhka­n Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) dan Biro Tata Negara (BTN) berkuat kuasa serta-merta semalam.

Beliau berkata, tindakan itu mampu mengurangk­an bebanan hutang negara kini yang diwarisi daripada kerajaan terdahulu.

“Ya, kita setuju PLKN dan BTN dimansuhka­n kerana boleh dianggap satu pembaziran memandangk­an kerajaan PH (Pakatan Harapan) kini menanggung banyak hutang.

“Perbelanja­an program itu boleh kita gunakan untuk tujuan kebajikan atau perkara- perkara yang memberi manfaat kepada setiap lapisan masyarakat,” katanya ketika dihubungi di sini semalam.

Pada sidang media di Lobi Parlimen semalam, Syed Saddiq mengumumka­n kepada wartawan bahawa program

Ya, kita setuju PLKN dan BTN dimansuhka­n kerana boleh dianggap satu pembaziran memandangk­an kerajaan PH (Pakatan Harapan) kini menanggung banyak hutang. Junaidi Sambang Setiausaha Angkatan Warisan Anak Sarawak

PLKN dan BTN dimansuhka­n serta-merta.

Beliau dipetik sebagai berkata, perkara itu diputuskan pada dua mesyuarat kabinet sebelum ini.

Tambahnya, program PLKN dan BTN diganti dengan program baharu yang dapat membentuk belia berwawasan dan nilai jati diri tinggi pada masa depan.

Ditanya sama ada program PLKN dan BTN memberi manfaat kepada golongan belia menyertain­ya, Junaidi berkata: “Memang kurang memberi manfaat lebih-lebih lagi implikasi mendisipli­nkan diri dalam kalangan belia.

“Sebenarnya, banyak kaedah lain boleh kita lakukan untuk mendisipli­nkan golongan belia.

“Sebagai contoh, kita boleh syorkan kepada mereka menyertai pasukan RELA, program sukarelawa­n atau APM (Angkatan Pertahanan Awam Malaysia) dan sebagainya,” jelasnya.

 ??  ?? JUNAIDI SAMBANG
JUNAIDI SAMBANG

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia