Utusan Borneo (Sarawak)

Dua pekerja kilang ais maut, 18 cedera terhidu gas ammonia

-

SHAH ALAM: Dua pekerja kilang ais maut manakala 18 lagi cedera selepas terhidu gas ammonia yang bocor di premis itu di Seksyen 36 di sini, pagi semalam.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Seksyen 15 Shah Alam, Timbalan Penguasa Bomba Azmel Kamarudin berkata dalam kejadian kirakira jam 5.12 pagi itu, keduadua mangsa, dipercayai warga India yang identiti belum dikenal pasti, meninggal dunia di tempat kejadian.

Menurut beliau, mayat kedua-dua mangsa dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah ( HTAR), Klang sementara 18 pekerja warga asing yang cedera dihantar ke beberapa hospital iaitu lima di HTAR, Hospital Shah Alam (enam), Hospital Sungai Buloh (tiga) dan Hospital Banting (empat) bagi menerima rawatan.

“Kedua-dua pekerja yang maut itu dipercaya terhidu terus dengan gas ammo- nia yang bocor dari tangki simpanan bahan ammonia ketika mereka melakukan kerja rutin.

“Manakala pekerja lain yang cedera mengalami sesak nafas, muntah-muntah dan pedih mata kerana kandungan gas ammonia tinggi bacaannya iaitu 500 ppm (parts per million) berbanding bacaan normal iaitu 50 ppm ke bawah,” katanya ketika dihubungi Bernama.

Azmel berkata pihaknya yang terdiri daripada tujuh pegawai dan 19 anggota termasuk dari Pasukan Khas Tindakan Bahan Berbahaya (HAZMAT) mengambil tindakan pengusiran bangunan iaitu mengarahka­n pekerja keluar dari kilang itu selain mengarahka­n penghuni ka- wasan perumahan yang terletak dalam lingkungan tiga kilometer radius dari kilang berkenaan untuk mengosongk­an premis masing-masing.

Selain itu, beliau berkata, operasi sebuah sekolah Cina yang terletak berhadapan kilang terbabit dinasihat ditutup semalam atas faktor keselamata­n.

“Di dalam kilang berkenaan terdapat lima buah mesin yang sedang beroperasi dan salah satu mesin yang didapati bocor telah ditutup bal injapnya dan sekarang bacaan semakin menurun. Kita gunakan beberapa kaedah seperti membuka semua pintu dan tingkap kilang bagi keluarkan gas, menggunaka­n kipas ekzos kilang dan kaedah semburan air halus.

“Cuma cabaran kita sekarang adalah berlakunya pertukaran tiupan angin yang kita khuatir akan bawa gas ammonia merebak ke kawasan sekeliling. Sehingga jam 11 pagi ini (semalam) keadaan terkawal, tiada lagi bacaan 500 ppm cuma masih lagi kita kepung kawasan untuk pastikan keselamata­n kawasan orang awam terjamin,” katanya dan menambah bahawa insiden berkenaan tidak melibatkan kebakaran dan kejadian itu adalah yang kedua berlaku di kilang berkenaan.

Sementara itu, Menteri Besar Selangor Amirudin Shari dalam satu kenyataan berkata, Kerajaan Negeri memandang berat kejadian kebocoran gas ammonia itu dan beliau mengarahka­n pihak Majlis Bandaraya Shah Alam serta pihak berkaitan untuk mengambil tindakan sewajarnya agar kawasan sekeliling serta penduduk sekitar tidak menerima kesan daripada kejadian itu.

Beliau dalam pada itu turut mengucapka­n terima kasih kepada pasukan Bomba dan Penyelamat yang melakukan kerja-kerja menyelamat itu. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? TERHIDU: Dua buah ambulans keluar daripada lokasi kilang ais berhampira­n Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan Chung Hwa selepas kejadian kebocoran gas ammonia di Desa Latania Seksyen 36 Shah Alam dekat Shah Alam, semalam.
— Gambar Bernama TERHIDU: Dua buah ambulans keluar daripada lokasi kilang ais berhampira­n Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan Chung Hwa selepas kejadian kebocoran gas ammonia di Desa Latania Seksyen 36 Shah Alam dekat Shah Alam, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia