Utusan Borneo (Sarawak)

Selamatkan LGBT dengan membantu serta membimbing mereka

-

KUALA LUMPUR: Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa meminta agar pihak yang berkenaan tidak memanipula­si kenyataan beliau mengenai golongan lesbian, gay, biseksual dan transeksua­l (LGBT) sehingga menjurus kepada fitnah.

Sebaliknya, Mujahid berkata masyarakat perlu menyelamat­kan kumpulan itu dengan membantu serta membimbing mereka kerana pintu taubat sentiasa terbuka sehingga ke akhir hayat.

“Kita masyarakat berhentila­h menjadi masyarakat yang menghukum. Bantu dan bimbing,” katanya dalam satu kenyataan di sini semalam.

Baru- baru ini, Mujahid menerima jemputan untuk bertemu wakil komuniti transgende­r, Nisha Ayub bagi menyelami serta memahami isu berkaitan transgende­r, khususnya peranan institusi agama dalam menangani permasalah­an berkenaan.

Dalam pada itu, Mujahid mahu komuniti transgende­r agar berhenti menuntut hak yang menyanggah­i nilai norma, budaya, agama serta undang-undang yang dianuti rakyat Malaysia.

Katanya, beliau sebagai menteri bertanggun­gjawab akan terus menggunaka­n pendekatan secara ‘engagement’ yang lembut kerana kaedah itu bukanlah suatu perkara baharu dalam teknik berdakwah yang boleh berubah dengan penilaian situasi, tempat dan masa.

“Ditegaskan lagi, pendekatan dakwah secara ‘engagement’ bukan bermakna saya atau kerajaan menyokong perlakuan mereka, tetapi sebagai kerajaan, kami perlu memastikan agar tiada pihak yang semakin menjauhkan diri disebabkan pendekatan keras dan menghukum pada peringkat awal,” katanya.

Ditegaskan lagi, pendekatan dakwah secara ‘engagement’ bukan bermakna saya atau kerajaan menyokong perlakuan mereka, tetapi sebagai kerajaan, kami perlu memastikan agar tiada pihak yang semakin menjauhkan diri disebabkan pendekatan keras dan menghukum pada peringkat awal. Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa Menteri di Jabatan Perdana Menteri

Mengenai pertemuan itu, beliau turut mengakui terdapat kekhilafan ketika sidang media mengenaiis­upenggunaa­ntandas awam, sehubungan itu Mujahid berkata tiada arahan atau keizinan daripada pihaknya untuk komuniti transgende­r berkongsi tandas awam dengan wanita.

“Demikian juga hal berkai- tan saf solat. Semua hal itu sesuai dibicaraka­n lanjut oleh pihak mufti sebagai keputusan terbaik. Apapun, saya memohon maaf kepada pihak yang berasa terancam dengan kekeliruan yang telah berlaku dan menarik semula kenyataan yang kurang sesuai,” katanya. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? TERIMALAH: Baharin (dua kiri) menyampaik­an bantuan barangan keperluan makanan kepada pesara Mohammad Safar pada Program Santai Dusun Durian Bersama Wartawan Wilayah Utara di Dusun Durian Guar Manau, Padang Perahu dekat Jitra, semalam.
— Gambar Bernama TERIMALAH: Baharin (dua kiri) menyampaik­an bantuan barangan keperluan makanan kepada pesara Mohammad Safar pada Program Santai Dusun Durian Bersama Wartawan Wilayah Utara di Dusun Durian Guar Manau, Padang Perahu dekat Jitra, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia