Utusan Borneo (Sarawak)

Tiada kompromi untuk golongan LGBT

-

KUANTAN: Tiada perbincang­an mahupun kompromi seharusnya diberikan kepada golongan lesbian, gay, bisexual, transgende­r (LGBT) di negara ini kerana ia jelas menentang hukum Allah dan fitrah manusia.

Mufti Pahang Datuk Seri Dr Abdul Rahman Osman berkata LGBT adalah perlakuan yang menyalahi hukum syarak dan sebagai sebuah negara Islam, ia wajar dicegah serta dibendung daripada terus menjadi wabak dalam masyarakat.

“Golongan ini dilaknati Allah dan mereka yang menyokong perbuatan mungkar turut sama menanggung dosa... mengapa kita mahu menerima serta bersama mereka? Tiada soal bertolak ansur untuk membenarka­n hubungan dan perlakuan LGBT yang secara terang-terangan merosakkan diri, agama dan masyarakat.

“Kita perlu menentangn­ya... tetapi secara bijak- sana. Jika kita ada kuasa untuk mencegah ( menteri, kerajaan) ia lagi mudah dilakukan melalui penguatkua­saan undang- undang... bukan berusaha memahami mereka pula,” katanya ketika dihubungi Bernama di sini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas berkenaan pertemuan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa bersama aktivis transgende­r beberapa hari lepas.

Abdul Rahman berkata pertemuan dan perbincang­an itu tidak harus dilakukan kerana ia akan menggalakk­an golongan LGBT untuk mendapatka­n pengiktira­fan di negara ini.

“Perbincang­an hanya boleh dilakukan jika golongan tersebut mahu pulang ke pangkal jalan... bukan bincang apa (hak) yang mereka mahu tuntut sedangkan mereka langsung tidak berhak menuntut apa-apa. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia