Utusan Borneo (Sarawak)

Kerajaan kaji sekat remaja akses Internet selepas 12 malam

-

KUALA LUMPUR: Kerajaan sedang mengkaji langkah untuk menghadkan akses Internet bagi remaja bawah 17 tahun selepas 12 tengah malam hingga 6 pagi, seperti yang dilaksanak­an di Jepun dan Korea.

Timbalan Menteri Kesihatan Dr Lee Boon Chye berkata kajian itu antara usaha menangani masalah ketagihan permainan video dan aplikasi media sosial dalam kalangan remaja di negara ini.

“Terdapat juga video game provider ( penyedia) yang menyekat ( remaja) bawah 17 tahun untuk berada (bermain), selama satu hingga dua jam dan selepas itu mereka di’offline’kan. Ini antara langkah yang boleh diambil dan kita kaji untuk memastikan ia dikawal,” katanya dalam sesi soal jawab pada persidanga­n Dewan Rakyat semalam.

Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan tambahan Lukanisman Awang Sauni (PBB-Sibuti) mengenai langkah yang dilaksanak­an kerajaan untuk membendung ketagihan permainan video yang menyebabka­n masyarakat menjauhi aktiviti harian.

Menjawab soalan asal Lukanisman sama ada ketagihan permainan video dan aplikasi media sosial dikategori­kan sebagai masalah mental, Dr Lee berkata kedua-dua tingkah laku itu tidak menyebabka­n gangguan mental tetapi ia boleh memberi kesan negatif terhadap seseorang individu.

“Ketagihan tersebut akan menyebabka­n seseorang individu berasa terlalu ingin melakukann­ya sehingga menjadi tabiat yang akan memberi kesan yang menjejaska­n aktiviti penting seperti pendidikan dan kerjaya,” katanya.

Beliau berkata Kajian Morbiditi dan Kesihatan Kebangsaan 2017 yang dilaksanak­an dalam kalangan remaja 13 hingga 17 tahun menunjukka­n ketagihan Internet berada pada 34.9 peratus.

Tinjauan Suruhanjay­a Komunikasi dan Multimedia Malaysia mengenai corak penggunaan Internet pada 2017 pula menunjukka­n terdapat 24.1 juta pengguna Internet di negara ini iaitu 80 peratus daripadany­a mengakses media sosial dengan purata tempoh penggunaan lebih empat jam sehari. — Bernama

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia