Utusan Borneo (Sarawak)

Tiada makna jika kenaikan gaji disusuli kenaikan kos sara hidup

-

PUTRAJAYA: Negara kaya seharusnya mempunyai rakyat yang punya kuasa beli yang meningkat, bukan hanya kadar gaji atau upah yang tinggi, kata Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

Tetapi apa guna kita jadi jutawan kalau daya beli kita hanya setakat di tepi jalan sahaja. Tun Dr Mahathir Mohamad Perdana Menteri

Beliau berkata, walaupun gaji atau upah dinaikkan hingga 10 atau 25 peratus, namun ia tidak mendatangk­an apa-apa kebaikan jika peningkata­n itu disusuli dengan kenaikan kos sara hidup.

“Tiada makna jika gaji kita lebih tetapi daya beli kita sama dengan sebelum gaji kita dinaikkan,” katanya ketika berucap pada perhimpuna­n bulanan Jabatan Perdana Menteri (JPM), di sini semalam.

Mengambil contoh sebuah negara jiran, Dr Mahathir berkata, walaupun negara tersebut mempunyai kadar gaji atau upah yang tinggi mengikut kadar mata wang mereka, namun negara tersebut bukanlah sebuah negara kaya.

“Tetapi apa guna kita jadi jutawan kalau daya beli kita hanya setakat di tepi jalan sahaja,” katanya.

Bagaimanap­un Dr Mahathir berkata, daya beli rakyat juga bergantung kepada produktivi­ti atau daya keluaran yang meningkat, seiring dengan pendapatan dan upah.

Katanya jika daya keluaran kurang atau masih pada tahap lama walaupun gaji meningkat, kos sara hidup akan terus meningkat kerana barangan lama yang dahulunya murah akan menjadi mahal akibat dihasilkan oleh pekerja bergaji tinggi.

“Kos produksi akan meningkat dan kos sara hidup akan meningkat. Walaupun gaji meningkat hingga 25 peratus tetapi daya beli kita tidak meningkat 25 peratus.

“Dengan itu, kita sekali lagi memohon supaya ditambah gaji dan upah tetapi kalau (gaji) ditambah tanpa daya keluaran meningkat, jumlah wang yang kita dapat tidak akan mempunyai apa- apa makna sekali pun,” katanya.

Justeru, katanya, nilai hidup mulia perlu diterapkan dalam diri setiap rakyat terutamany­a generasi muda, supaya Malaysia dikenali sebagai negara yang bekerja kuat, tidak mungkir janji atau tidak meminta upah lebih, sebaliknya menumpukan kepada daya keluaran yang tinggi.

“Jika pemerintah­an kera- jaan dapat memiliki kualiti terbaik dan kerja kita menghasilk­an pentadbira­n terbaik dalam dunia ini, maka percayalah walaupun kita terpaksa berdiri dalam panas dan mendengar syarahan berleter daripada Perdana Menteri tetapi hasilnya mungkin baik juga,” katanya secara berseloroh.

Mengakui dirinya sudah berusia dan tidak boleh bekerja dalam tempoh lama, Dr Mahathir berkata, beliau berharap dapat menyemaika­n nilai hidup mulia kepada penjawat awam yang akan menjayakan negara supaya sekali lagi dihormati sebagai ‘ Harimau Dunia’. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? BERUCAP: Dr Mahathir berucap pada Perhimpuna­n Bulanan Bersama Warga Jabatan Perdana Menteri bagi Bulan Ogos di Dataran Putra Perdana di Putrajaya semalam.
— Gambar Bernama BERUCAP: Dr Mahathir berucap pada Perhimpuna­n Bulanan Bersama Warga Jabatan Perdana Menteri bagi Bulan Ogos di Dataran Putra Perdana di Putrajaya semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia