Utusan Borneo (Sarawak)

Jurugambar terkenal Bangladesh dihantar ke penjara

-

DHAKA: Jurugambar Bangladesh yang pernah memenangi anugerah Shahidul Alam dipenjarak­an semalam, 10 hari selepas ditangkap berikutan satu temu bual dengan Al Jazeera mengenai tunjuk perasaan pelajar secara besar-besaran, kata polis.

Alam, 63, yang menuduh polis menyerang dia ketika dalam tahanan dan pada mulanya dihantar ke sebuah hospital bagi satu pemeriksaa­n atas arahan dari mahkamah tinggi, telah dibawa ke sebuah mahkamah majistret pada lewat kelmarin.

“Mahkamah kemudian menghantar dia ke penjara,” pegawai polis Moshiur Rahman memberitah­u wartawan AFP.

Seorang lagi anggota polis memberitah­u akhbar tempatan Daily Star bahawa Alam akan ditahan di penjara sehingga siasatan selesai mengenai dakwaannya.

Alam dituduh membuat kenyataan “palsu” dan “provokatif” kepada Al Jazeera dan dalam Facebook Live ketika berpuluh ribu pelajar membantah di Dhaka pada lewat Julai dan awal Ogos. Dia turut menerbitka­n gambargamb­ar tunjuk perasaan.

Dia disiasat kerana dikatakan melanggar undang-undang Internet Bangladesh, digubal pada 2006 dan diperketat­kan pada 2013, yang menurut pengkritik telah digunakan untuk menghalang wartawan yang menentang dan mengganggu.

Alam, yang kerjanya pernah diterbitka­n secara meluas dalam media Barat dan mengasaska­n Institut Media Asia Selatan Pathshala, bersama dengan orang lain berdepan hukuman penjara maksimum selama 14 tahun.

Human Rights Watch yang berpusat di New York dan Amnesty Internatio­nal di London menuntut pembebasan­nya.

Jurugambar terkenal itu memberitah­u wartawan di luar mahkamah pada Isnin lepas bahawa dia telah dipukul dengan teruk di dalam penjara sehingga pakaiannya perlu dicuci untuk membuang kesan darah.

Penahanan Alam menunjukka­n satu minggu yang tegang di Bangladesh ketika pelajar memenuhi jalan raya di Dhaka dan tempat lain selama sembilan hari berturut-turut selepas dua remaja mati dilanggar oleh sebuah bas yang dipandu dengan laju.

Hujung minggu lepas tunjuk perasaan bertukar menjadi ganas ketika beberapa penunjuk perasaan memusnahka­n dan membakar kenderaan serta polis bertindak balas dengan menggunaka­n gas pemedih mata dan peluru getah.

Perusuh yang dikatakan menyokong kerajaan dan bersenjata­kan batang besi telah menyerang penunjuk perasaan, wartawan dan malah kereta duta Amerika Syarikat. Kira-kira 150 orang tercedera. — AFP GAP: Dua rakyat Austria – seorang lelaki dalam usia lima puluhan dan seorang remaja – meninggal dunia kelmarin apabila kapal terbang ringan tanpa enjin mereka terhempas ke darat di lembah Champsaur di selatan Alps Perancis, kata sumber.

“Amaran telah diberikan oleh beberapa saksi yang melihat kapal terbang ringan itu jatuh,” menurut seorang pegawai tempatan, sambil menambah bahawa keadaan cuaca adalah “baik”.

Dua anggota penyelamat dan seorang doktor telah dihantar ke tempat kejadian, namun punca sebenar kemalangan masih belum diketahui.

Kemalangan berlaku di sebuah tempat dikenali sebagai Roche Rousse, pada altitud setinggi 2,515 meter, pegawai tempatan itu memberitah­u AFP.

Dua orang itu telah berlepas dari sebuah lapangan terbang kecil pada awal kelmarin, kata seorang sumber rapat dengan siasatan, sambil menambah bahawa mereka adalah seorang lelaki Austria dalam usia lima puluhan dan seorang remaja lelaki berusia 15 tahun.

Lembah itu, berhampira­n dengan Grenoble, terkenal dengan kawasan perladanga­n yang terjaga diselang- seli dengan pokok-pokok renek dan penduduk luar bandar yang masih lagi menghasilk­an keju dan makanan wilayah lain untuk menampung pendapatan mereka. — AFP

 ?? — Gambar Reuters ?? BEBAS SHAHIDUL!: Sekumpulan wartawan, aktivis dan pelajar Akademi Media Asia Selatan Pathsala menuntut pembebasan Shahidul Alam di Dhaka, Bangladesh pada 11 Ogos lalu.
— Gambar Reuters BEBAS SHAHIDUL!: Sekumpulan wartawan, aktivis dan pelajar Akademi Media Asia Selatan Pathsala menuntut pembebasan Shahidul Alam di Dhaka, Bangladesh pada 11 Ogos lalu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia