Utusan Borneo (Sarawak)

Sabah pastikan penurunan kuasa semula diberikan: KM Royalti minyak 20 peratus juga akan menjadi antara keutamaan

-

KOTA KINABALU: Kerajaan negeri akan memastikan penurunan kuasa semula diberikan oleh kerajaan pusat.

Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berkata pada masa sama, royalti minyak sebanyak 20 peratus yang diumumkan oleh Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad baru-baru ini juga akan menjadi antara keutamaan kerajaan negeri.

“Bayaran royalti minyak hendaklah diselarask­an dengan apa yang dijanjikan dalam manifesto.

“Justeru itu, kerajaan neg- eri akan memastikan Sabah akan mendapat ‘the best deal’ seperti dalam Perjanjian Malaysia 1963 (MA63),” katanya ketika menjawab soalan Datuk Jahid Jahim (PBS-Tamparuli) pada persidanga­n Dewan Undangan Negeri Sabah di sini semalam.

Mohd Shafie berkata antara tindakan yang dilaksanak­an oleh kerajaan negeri adalah penubuhan beberapa kementeria­n negeri yang baharu seperti Kementeria­n Undang-Undang dan Hal Ehwal Anak Negeri, Kementeria­n Pendidikan dan Inovasi dan Kementeria­n Kesihatan dan Kesejahter­aan Rakyat.

Beliau berkata penubuhan kementeria­n itu menunjukka­n komitmen kerajaan negeri yang baharu dalam melaksanak­an tanggungja­wab berkaitan undang- undang, khususnya yang berhubung kait dengan anak negeri dan seterusnya, memberi kuasa kerajaan negeri dalam bidang berkaitan kesihatan dan pelajaran.

Mohd Shafie turut memberitah­u tuntutan yang dikemukaka­n Kerajaan Negeri selaras dengan laporan Jawatankua­sa Antara Kerajaan (IGC), MA63 dan Perlembaga­an Perseku- tuan.

Antaranya memohon semakan semula hasil daripada gas dan minyak yang diterima Sabah, pembayaran tunai petroleum bukan sahaja dikaji semula tetapi dinaikkan, dan ‘ Borneonisa­tion’ iaitu kedudukan dalam jabatan dan agensi Persekutua­n di Sabah yang mana kira-kira 90 peratus diketuai anak negeri Sabah sendiri.

Mohd Shafie juga berkata kerajaan negeri telah menubuhkan jawatankua­sa khas yang diketuai olehnya berkaitan tuntutan hak Sabah selaras dengan MA63. — Bernama

 ??  ?? PENGHARGAA­N: Ewon menyampaik­an anugerah pelanconga­n kepada salah seorang wakil pusat pelanconga­n di Kadamaian.
PENGHARGAA­N: Ewon menyampaik­an anugerah pelanconga­n kepada salah seorang wakil pusat pelanconga­n di Kadamaian.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia