Utusan Borneo (Sarawak)

‘The Meg’ catat kutipan box office yang besar

catat kutipan box office yang besar

-

KAUNTER tiket Amerika Utara diserang kisah seram jerung ‘The Meg’ pada hujung minggu, seperti yang ditunjukka­n oleh data industri hari Isnin, di mana filem itu mencatat kutipan lebih dua kali ganda daripada pesaing terdekatny­a untuk menduduki tempat teratas.

Adaptasi Warner Bros. daripada buku ‘Meg: A Novel of Deep Terror’ (1997) oleh Steve Alten itu memperoleh­i AS$45.4 juta pada hujung minggu pertama dalam teater, selepas penonton menyerbu untuk melihat Jason Statham sebagai penyelam penyelamat­an yang cuba untuk menyelamat­kan ahli sains dalam sebuah kapal selam yang terkandas di laut dalam dari satu serangan jerung prasejarah yang sangat besar.

Di tempat kedua adalah filem terbaharu daripada Tom Cruise iaitu ‘Mission: Impossible - Fallout’ dari Paramount, dengan kutipan sebanyak AS$19.4 juta selepas dua minggu mengunggul­i carta.

‘Fallout’, filem keenam yang padat dengan aksi dalam francais ‘M: I’ popular, melihat Cruise sekali lagi melakukan aksi-aksi ngerinya sendiri telah mengaut AS$161.3 juta selepas tiga minggu di pawagam.

Di tempat ketiga ialah filem aksi sebenar Disney ‘Christophe­r Robin’ -- cerita kawan kepada Winnie the Pooh yang sekarang telah dewasa dan tertekan, dan bagaimana mereka bersatu semula -- dengan jualan tiket AS$13 juta.

Sementara itu, walaupun satu sambutan yang kurang baik daripada para pengkritik, filem baharu daripada Sony berjudul ‘Slender Man’ menduduki tempat keempat dengan AS$11.4 juta.

Cerita seram ghaib itu mengisahka­n sekumpulan kawan-kawan yang terpukau oleh cerita dalam talian tentang Slender Man yang misteri dan berusaha untuk membuktika­n bahawa lelaki tersebut tidak benarbenar wujud sehinggala­h salah seorang daripada mereka hilang.

Tempat kelima pada hujung minggu diduduki oleh filem ‘BlacKkKlan­sman’ arahan Spike Lee yang memperoleh­i AS$10.8 juta.

Dibintangi oleh John David Washington -- anak lelaki Denzel Washington -- ia memberitah­u kisah benar detektif Ron Stallworth, yang pada tahun 1970-an Colorado cuba untuk menyusup masuk ke dalam Ku Klux Klan tempatan.

Melengkapk­an 10 filem teratas di Amerika Utara pada hujung minggu adalah ‘The Spy Who Dumped Me’ (AS$6.5 juta), ‘Mamma Mia! Here We Go Again’ (AS$5.9 juta), ‘The Equalizer 2’ (AS$5.4 juta), ‘Hotel Transylvan­ia 3: Summer Vacation’ (AS$5.2 juta) dan ‘Ant-Man and the Wasp’ (AS$4.1 juta).

 ??  ??
 ?? — Gambar AFP ?? JUARA CARTA: Gambar fail yang diambil pada 6 Ogos 2018 ini menunjukka­n aktor British Jason Statham (kanan) dan tunanganny­a, model British Rosie Huntington­Whiteley menghadiri tayangan perdana AS filem baharu Warner Brothers Pictures ‘The Meg’ di Los Angeles, California. Kaunter tiket Amerika Utara diserang kisah seram jerung ‘The Meg’ pada hujung minggu, seperti yang ditunjukka­n oleh data industri hari Isnin, di mana filem itu mencatat kutipan lebih dua kali ganda daripada pesaing terdekatny­a untuk menduduki tempat teratas di carta box office.
— Gambar AFP JUARA CARTA: Gambar fail yang diambil pada 6 Ogos 2018 ini menunjukka­n aktor British Jason Statham (kanan) dan tunanganny­a, model British Rosie Huntington­Whiteley menghadiri tayangan perdana AS filem baharu Warner Brothers Pictures ‘The Meg’ di Los Angeles, California. Kaunter tiket Amerika Utara diserang kisah seram jerung ‘The Meg’ pada hujung minggu, seperti yang ditunjukka­n oleh data industri hari Isnin, di mana filem itu mencatat kutipan lebih dua kali ganda daripada pesaing terdekatny­a untuk menduduki tempat teratas di carta box office.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia