Utusan Borneo (Sarawak)

Kerajaan sentiasa utamakan rakyat

Setiap pemimpin dan wakil rakyat yang menang bertanding pada pilihan raya adalah hasil sokongan rakyat

- Oleh Mastura Ismail

LIMBANG: Kerajaan sentiasa mengutamak­an suara dan kehendak rakyat untuk memastikan kehidupan mereka dapat dipertingk­atkan dan menjadi lebih baik.

Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Datuk Amar Mohamad Asfia Awang Nassar berkata, setiap pemimpin dan wakil rakyat yang menang bertanding pada pilihan raya adalah hasil daripada sokongan rakyat.

“Oleh itu, kerajaan akan sentiasa memberi bantuan kepada rakyat dan berusaha menunaikan suara mereka agar kehidupan mereka lebih baik daripada sebelumnya,” katanya pada Majlis Kesyukuran Makan Tahun Perdana anjuran Persatuan Kedayan Limbang (PKL) di Dewan Patiambun di sini, malam kelmarin.

Turut hadir Menteri Muda Pertanian Dr Abdul Rahman Ismail, ADUN Batu Danau Paulus Palu Gumbang, Wali Kota Majlis Daerah Limbang (MDL) yang juga Timbalan Pengerusi PKL Kaunselor Sufian Mohat, Penghulu Abu Tinggal, Ketua Kampung Patiambun Ahmad@Naim Mail dan jawatankua­sa tertinggi PKL.

Jelas Asfia lagi, rakyat di negeri ini sangat bertuah hidup maju kerana Sarawak mempunyai rizab dan sumber untuk membawa pembanguna­n berterusan.

Terdahulu Dr Abdul Rahman berkata, Makan Tahun Perdana merupakan program yang baik dalam usaha mempertaha­nkan kebudayaan dan memperliha­tkan kepada masyarakat hidup harmoni.

Jelasnya, Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg juga meluluskan sebidang tanah seluas dua ekar untuk pembinaan pejabat PKL.

“Tapak sudah dikenal pasti iaitu berhampira­n Masjid Baharu Bahagian Limbang.

“Pejabat ini akan memberi kemudahan kepada PKL apabila siap nanti,” katanya.

Beliau juga mahu masyarakat Kedayan mengekalka­n hubungan mesra dan semangat perpaduan dalam menjayakan lebih banyak program pada masa akan datang.

Pada majlis itu, Asfia mengumumka­n geran RM10,000 serta sumbangan seekor kerbau untuk sambutan Hari Raya Aidiladha.

Oleh itu, kerajaan akan sentiasa memberi bantuan kepada rakyat dan berusaha menunaikan suara mereka agar kehidupan mereka lebih baik daripada sebelumnya. Datuk Amar Mohamad Asfia Awang Nassar Speaker DUN

 ??  ??
 ??  ?? SELAMI BUDAYA: Dr Abdul Rahman (duduk, empat kiri), Asfia, Paulus, Sufian (berdiri, dua kiri) bersama jawatankua­sa PKL.
SELAMI BUDAYA: Dr Abdul Rahman (duduk, empat kiri), Asfia, Paulus, Sufian (berdiri, dua kiri) bersama jawatankua­sa PKL.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia