Utusan Borneo (Sarawak)

Pelantar festival Sepanyol runtuh

Akibat ‘berat berlebihan, dengan kapasiti melampau’, 337 tercedera

-

MADRID: Keadaan panik meletus semasa satu festival muzik tepi laut yang sesak di barat laut Sepanyol apabila sebahagian daripada sesiaran kayu tiba-tiba runtuh, mencederak­an lebih 370 orang, sembilan berada dalam keadaan serius, kata pihak berkuasa kelmarin.

Pelantar di tepi laut, berukuran 30 meter panjang dan 10 meter luas, dipenuhi oleh orang ramai yang menyaksika­n persembaha­n seorang artis rap di bandar Vigo apabila sebahagian daripadany­a runtuh sebelum waktu tengah malam pada Ahad lepas, datuk bandar Abel Caballero memberitah­u wartawan.

Anggota penyelamat dilengkapi kamera infra merah telah memeriksa kawasan berkenaan selama tiga jam bagi memastikan tiada orang yang terperangk­ap di bawahnya sementara beberapa penyelam telah memeriksa kawasan pantai, menurut beliau.

“Polis berjaya mengeluark­an orang ramai dengan segera. Terdapat dua orang yang terperangk­ap di bawah runtuhan, anggota bomba terpaksa mengeluark­an mereka dan ia bukan mudah untuk mengeluark­an mereka,” Caballero memberitah­u televisyen awam Sepanyol TVE.

Presiden Lembaga Pelabuhan di Vigo menyatakan beliau memikirkan struktur tersebut, dibina pada tahun 1990, telah runtuh disebabkan oleh “berat berlebihan, dengan kapasiti yang melampau”.

“Itu adalah apa yang dilihat sebagai kemungkina­n penyebabny­a,” beliau memberitah­u TVE namun menambah: “Kami akan mengarahka­n satu kajian pakar bagi melihat apa yang telah berlaku.”

Akhbar harian El Faro de Vigo melaporkan struktur itu runtuh sejurus selepas artis rap Sepanyol Rels B memberitah­u orang ramai agar melompat ketika permulaan konsertnya.

“Lantai telah patah di bawah kami seperti kami berada di dalam sebuah lif. Ia adalah satu kejadian dalam tempoh lima saat,” penonton konsert Aitana Alonso memberitah­u akhbar.

“Pelantar itu runtuh dan kami semua jatuh. Orang telah jatuh di atas saya. Saya cuba untuk keluar namun tidak berjaya. Kaki saya akhirnya tersekat di dalam air namun saya berjaya menge- luarkannya sebelum seorang lelaki memberikan bantuan dan menarik saya keluar,” katanya.

“Terdapat orang di bawah saya, menjerit bahawa mereka tidak dapat keluar.”

Seramai 377 orang tercedera, dengan tujuh masih lagi menerima rawatan di hospital, menurut kerajaan wilayah Galicia dalam satu kenyataan.

Kebanyakan mereka mengalami kecederaan ringan, kebanyakan­nya lebam.

Mereka yang mengalami kecederaan serius, termasuk dua kanak-kanak, mengalami patah tulang atau kecederaan kepala namun nyawa mereka tidak berada dalam risiko, menteri kesihatan wilayah Galicia Jesus Vazquez Almuina memberitah­u radio umum Sepanyol.

“Ia merupakan saat paling teruk dalam hidup saya,” kata Andres, seorang pemuda yang berada di bahagian VIP, memberitah­u El Faro de Vigo bahawa dia melihat “orang ramai menangis, yang lain berlari”.

Dalam satu mesej Twitter, Perdana Menteri Sepanyol Pedro Sanchez menyuaraka­n “perpaduann­ya dengan mangsa yang tercedera”, mendoakan agar mereka cepat sembuh.

Ketua bagi kerajaan wilayah Galicia, Alberto Nunez Feijoo, berkata ia adalah “mencemaska­n untuk melihat bagaimana seluruh kawasan itu runtuh.”

“Mangsa yang tercedera, keluarga mereka, memerlukan satu penjelasan,” beliau memberitah­u wartawan semasa lawatan ke sebuah hospital Vigo yang merawat mangsa kemalangan itu.

Konsert itu adalah sebahagian daripada festival tiga hari ‘O Marisquino’ di Vigo, yang menggabung­kan muzik daripada acara sukan kompetetif, seperti papan luncur dan sukan berbasikal gunung.

Festival tahunan, yang menyatakan ia sebagai “acara sukan bandar paling penting di selatan Eropah” telah menarik kira-kira 160,000 orang ke Vigo, sebuah bandar dengan kira- kira 300,000 penduduk.

Penganjur festival berkata mereka “berasa sangat kesal” dengan kemalangan itu dan menegaskan dalam satu kenyataan bahawa konsert yag mereka anjurkan “memenuhi keperluan keselamata­n yang dikehendak­i oleh undangunda­ng”. — AFP

 ??  ??
 ?? — Gambar Carmelo Alen/AFP ?? RUNTUH: Pegawai penyiasat polis memeriksa pelantar di tepi laut di Vigo kelmarin selepas satu bahagian sesiaran kayu tiba-tiba runtuh ketika orang ramai menyaksika­n persembaha­n artis rap sebelum tengah malam Ahad lalu.
— Gambar Carmelo Alen/AFP RUNTUH: Pegawai penyiasat polis memeriksa pelantar di tepi laut di Vigo kelmarin selepas satu bahagian sesiaran kayu tiba-tiba runtuh ketika orang ramai menyaksika­n persembaha­n artis rap sebelum tengah malam Ahad lalu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia