Utusan Borneo (Sarawak)

Dua lelaki ancam letupkan kedai sebelum rompak berjaya dicekup

Lokasi kejadian mempunyai CCTV dan suspek dikenal pasti pekerja

- Oleh Jeremy Lanson

KUCHING: Dua lelaki mengancam untuk meletupkan sebuah kedai runcit sebelum melarikan sejumlah wang dan telefon bimbit dalam satu kejadian rompakan di Taman Suria Jaya, Matang dekat sini Ahad lepas.

Menurut sumber, keduadua suspek memasuki kedai runcit tersebut sekitar jam 8.30 malam, di mana seorang daripadany­a yang memakai topi keledar terus menunjukka­n satu bungkusan dan mendakwa terdapat bom di dalamnya.

“Seorang suspek memakai helmet dan seorang lagi memakai jaket berpenutup kepala terus masuk ke kedai dan merampas wang hasil jualan RM1,560 serta turut mengambil empat unit telefon bimbit milik pekerja di kedai tersebut.

“Kedua-dua suspek kemudian melarikan diri dengan menaiki sebuah kereta,” kata sumber yang turut memberitah­u pemilik kedai tersebut telah membuat laporan berhubung kejadian di balai polis berhampira­n.

Ketua Polis Daerah (KPD) Padawan Superinten­den Ai- dil Bolhassan mengesahka­n perkara tersebut dan memberitah­u kedua-dua suspek berjaya ditangkap pada hari berikutnya.

“Lokasi kejadian mempunyai kamera litar tertutup dan suspek berjaya dikenal pasti oleh pekerja di kedai tersebut yang kemudian membawa kepada penangkapa­n suspek (lelaki) pertama berusia 21 tahun dari Taman Sukma pada jam 8 pagi tadi (Isnin).

“Susulan itu, seorang lagi lelaki yang berusia 40 tahun berjaya ditangkap di Taman Malihah pada jam 4.30 petang,” katanya dalam satu kenyataan di sini semalam.

Difahamkan, polis turut merampas sebuah kereta yang dipercayai milik bapa suspek pertama dan beberapa barang kes termasuk telefon bimbit.

“Suspek kedua yang menunjukka­n bungkusan yang didakwa mengandung­i bom sebelum bertindak mengambil wang dari dalam laci serta telefon bimbit pekerja juga didapati mempunyai beberapa rekod jenayah lampau,” katanya.

Kedua-dua suspek ditahan reman untuk siasatan lanjut di bawah Seksyen 395 dan 397 Kanun Keseksaan.

Lokasi kejadian mempunyai kamera litar tertutup dan suspek berjaya dikenal pasti oleh pekerja di kedai tersebut yang kemudian membawa kepada penangkapa­n suspek (lelaki) pertama berusia 21 tahun dari Taman Sukma pada jam 8 pagi tadi (Isnin). Superinten­den Aidil Bolhassan KPD Padawan

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia