Utusan Borneo (Sarawak)

Identiti dua suspek pecah masuk kedai terbongkar

-

LIMBANG: Identiti dua lelaki bertopeng yang memecah masuk sebuah kedai kimpalan besi di kawasan industri Jalan Kubong awal bulan Jun lepas terbongkar apabila mereka ditangkap Ahad lepas.

Kedua-dua suspek, masing-masing berumur 31 tahun dari Kampung Limpaong dan 34 tahun dari Kampung Bunga Raya, ditahan sepasukan anggota polis dari Bahagian Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) di dua lokasi berasingan di bandar ini sekitar jam 10 dan 11 pagi.

Ketua Polis Daerah Limbang Superinten­den Mohd Bukhori Saffai berkata, kelibat kedua-dua suspek yang menutup muka dan memakai topi keledar berjaya dirakam kamera litar tertutup premis terbabit.

“Kedua-dua suspek mel- ompat masuk ke dalam kedai melalui pintu pagar luar dan mengambil barang-barang di dalam kedai sebelum melarikan tiga mesin pencanai besi, satu unit mesin gerudi dan satu set mesim kimpalan,” katanya kepada media semalam.

Kejadian itu menyebabka­n mangsa, seorang peniaga, 56, mengalami kerugian RM2,500.

Hasil risikan dan siasatan katanya, kedua-dua suspek berjaya ditahan Ahad lepas selepas dua bulan kes kecurian itu berlaku.

“Hasil siasatan lanjut, suspek berusia 31 tahun itu berjaya menunjukka­n beberapa barang disyaki barang curi yang disimpan di sebuah rumah di Kampung Pahlawan jam 10 pagi kelmarin.

“Manakala suspek berusia 35 tahun itu turut men- unjukkan polis beberapa barangan curi yang di sembunyika­n di sebuah rumah di Kampung Bunga Raya,” jelasnya.

Sementara itu Mohd Bukhori memberitah­u, seorang lagi suspek, 29, dari Kampung Pahlawan, ditahan kerana disyaki memiliki barangan curi awal pagi semalam.

Suspek yang baharu dibebaskan dari penjara beberapa bulan lepas ditahan sekitar jam 1.26 pagi.

“Kita juga merampas dua gelen tong minyak berisi diesel disyaki hasil curi.

“Kita tidak menolak kemungkina­n suspek terlibat dengan kes curi di sebuah kedai kimpalan besi serta kes curi lain,” katanya lagi.

Kes disiasat mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan dan Seksyen 379A(1) Kanun Keseksaan.

 ??  ?? TERBONGKAR: Suspek menunjukka­n kepada anggota polis barangan curi yang disembunyi­kan di Kampung Pahlawan kelmarin.
TERBONGKAR: Suspek menunjukka­n kepada anggota polis barangan curi yang disembunyi­kan di Kampung Pahlawan kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia