Utusan Borneo (Sarawak)

APM berjaya tangani 215 ular sepanjang tahun ini

-

MIRI: Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) berjaya menangkap kira- kira 215 ular pelbagai spesis sejak Januari sehingga pertengaha­n Ogos ini.

Pegawai APM Daerah Miri Kapten (PA) Mohd Hazle Shah Abdul Hamid berkata, kesemua ular berkenaan kemudianny­a dilepaskan ke kawasan jauh daripada petempatan manusia.

“Sejak Januari hingga semalam, kita telah menangkap dan melepaskan semula kirakira 215 ekor ular pelbagai spesies jauh daripada kediaman manusia, “jelasnya.

Pusat Kawalan Operasi Daerah ( PKOD) Miri katanya, sering menerima panggilan kecemasan mengenai penemuan ular di dalam dan luar pekarangan rumah.

“Sebaik terima panggilan kecemasan, pasukan kita akan bergegas ke lokasi membantu menangkap reptilia yang menjadi ancaman kepada orang ramai,” ujarnya.

Untuk rekod, APM telah menyelesai­kan 25 kes pada Januari, 32 kes (Februari), 29 kes (Mac), 21 kes (April), 24 kes (Mei), 32 kes (Jun), 34 kes (Julai) dan 18 kes setakat 13 Ogos.

Di samping khidmat menangkap ular, APM Miri juga katanya, tidak terlepas daripada tanggungja­wab memusnahka­n sarang serangga berbisa.

Dalam kes terbaharu, APM telah memusnahka­n sarang serangga di Golden Villa, Jalan Maigold, Senadin kira-kira jam 8.43 malam kelmarin.

Katanya, tiga anggota APM diketuai Prebet (PA) Sabri Maula telah dikerahkan ke lokasi kejadian bagi memusnahka­n sarang berkenaan.

Setibanya di lokasi, Skuad Delta terus berjumpa dengan pengadu iaitu lelaki berumur 48 tahun.

Pengadu menyedari kehadiran sarang tebuan tanah tersebut di atas pokok di depan rumahnya setinggi enam kaki dan saiz sarang tebuan itu dianggarka­n sebesar baldi.

Bimbang tentang faktor keselamata­n, pengadu terus menghubung­i PKOD Miri untuk meminta bantuan memusnahka­n sarang tersebut.

Skuad Delta bergerak ke lokasi sarang tebuan tanah dan sarang tersebut berjaya dimusnahka­n dengan teknik semburan racun serangga dan bakar.

 ??  ?? KHIDMAT KHAS: Salah seorang anggota APM Miri memusnahka­n sarang tebuan dengan teknik semburan racun serangga dan bakar di Jalan Maigold Senadin, malam kelmarin.
KHIDMAT KHAS: Salah seorang anggota APM Miri memusnahka­n sarang tebuan dengan teknik semburan racun serangga dan bakar di Jalan Maigold Senadin, malam kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia