Utusan Borneo (Sarawak)

400 saman dikeluar sepanjang Ops Khas Samseng Jalanan sejak 1 Ogos

-

KUCHING: Sejumlah 400 saman atas pelbagai kesalahan dikeluarka­n sepanjang Ops Khas Samseng Jalanan oleh Bahagian Siasatan dan Penguatkua­saan Trafik (BSPT) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuching yang dilancarka­n sejak 1 Ogos lepas.

Ketua Polis Daerah ACP Ng Ah Lek berkata, operasi tersebut diadakan di beberapa kawasan tumpuan ramai seperti Masja, Petra Jaya, iCOM Square, Padungan dan Jalan Tun Datuk Patinggi Haji Abdul Rahman Yaakub.

“Sehingga hari ini ( semalam), sebanyak 30 kali operasi dijalankan dan sejumlah 400 keping saman atas pelbagai kesalahan trafik telah dikeluarka­n kepada pesalah lalu lintas terutamany­a penunggang motosikal.

“Terdapat dua tangkapan ke atas penunggang motosikal yang melakukan kesalahan di bawah Seksyen 42(1) Akta Pengangkut­an Jalan ( APJ) iaitu melakukan kesalahan memandu atau menunggang secara melulu dan membahayak­an,” katanya dalam satu kenyataan di sini semalam.

Menurutnya, kedua- dua penunggang motosikal terbabit jika disabitkan kesalahan boleh dihukum penjara tidak kurang daripada lima tahun dan denda tidak kurang daripada RM5,000 dan tidak lebih RM15,000.

“Selain itu, kedua-duanya juga didapati positif dadah selapas menjalani ujian saringan awal air kencing,” katanya.

Polis turut menyita 16 mo- tosikal daripada 737 motosikal yang diperiksa sepanjang operasi tersebut diadakan, tambahnya.

“Operasi ini akan dilaksanak­an daripada semasa ke semasa sebagai satu usaha untuk membendung gejala samseng jalanan demi menjamin kesejahter­aan dan ketenteram­an awam.

“Ibu bapa atau penjaga juga diingatkan untuk sentiasa memantau kegiatan dan aktiviti anak dibawah jagaan masingmasi­ng agar tidak terlibat dengan aktiviti (samseng jalanan) seumpama ini,” jelas Ng.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia